CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3842|Reply: 6

Tangan Wanita Cepat Kedut & Kasar, Nak Tahu Kenapa?

[Copy link]
Post time 14-4-2016 04:38 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO








Ramai wanita memfokuskan kepada kecantikan wajah sehingga mereka mengabaikan penjagaan bahagian tubuh lain. Apa guna miliki wajah menawan namun tangan terlihat tua, berkedut dan urat timbul. Jom ketahui faktor yang menyebabkan penuaan lebih cepat berlaku pada kulit tangan anda.




sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/

1. Pencuci Ada Bahan Kimia
Pilih pencuci daripada bahan alami yang lembut dan tidak memberi kesan sampingan. Pencuci yang mempunyai kandungan kimia tinggi menyebabkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Ia juga membuatkan tangan anda kasar.







2. Kerap Cuci Tangan
Jangan terlalu kerap mencuci tangan kerana ia boleh menghakis kelembapan semula jadi kulit. Ia menyebabkan kulit mudah kering dan proses penuaan berlaku dengan pantas.







3. Malas Pakai Losen
Alasan leceh dan cepat sering diberikan kaum Hawa. Mereka merasakan amalan memakai losen tangan tidak begitu penting. Sikap ini mesti dihentikan, jika mahukan tangan yang menawan. Anda mesti mengoles losen sekurang-kurangnya dua kali sehari terutama mereka yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin.





4. Tak Guna Krim Tabir Suria
Tangan sering terdedah kepada cahaya terutama ketika memandu kenderaan. Gunakan krim tabir suria untuk melindungi kulit tangan daripada selaran matahari. Krim ini membantu kulit kekal cerah dan anjal.






5. Guna Hand Sanitizer
Kebanyakan hand sanitizer ada kandungan alkohol yang tinggi. Sudah tentu ini menghakis kelembapan kulit dan menjadikan kulit kering dan penuaan berlaku dengan pantas. Kurangkan penggunaan hand sanitizer, sebaik-baiknya elakkan.- CARI Infonet






sumber info: mingguan wanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo....jrg pakai losyen..tp ok je tgn stkt ni...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab rajin buat kerja rumah tapi malas jaga tangan ie;pakai losyen n etc
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 10:26 AM | Show all posts
pencuci ade bahan kimia tu betul juge tu.. kasar tangan kte asik basuh pinggan je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsuka pkai losyen sebab jenis suka pegang muka.muka jenis sensitip.tegesel2 tgn kat muka tumbuh jerawat
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 06:23 PM | Show all posts
sapu losyen bila rajin je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2017 12:26 PM | Show all posts
nO. 5, BARU TAU....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040312 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list