Berikut senarai 8 fakta ringkas tentang penceramah tersebut:
1. Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.
2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .
3. Dr Zakir merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.
4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.
5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia.
Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.
6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.
7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.
8. Dr Zakir pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
pelik siapa yang takut nak dgr ceramah dia.. baru dengar tajuk dah gelabah tetek.. cuba pegi kalau betul memecah belahkan orang baru buat laporan.. ni bangan pdrm same naik buduusss
Dr Zakir Naik memang seorang pendakwah tersohor ... Hujah-hujah beliau sangat tepat dengan fakta-fakta dalam peibagai kitab Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Yahudi dan banyak lagi ...
Pada pendapat saya, kalau ajak berdebat dengan John Pope Paul III lagi best, kita tengok apa kata orang Kristian ... gerenti masuk Islam
ada skali tgk ceramah dia kat tv alhijrah kot, waaa gempak giler, ke ada satu kat youtube tu.
dia cerita psal 9/11 tu kenape US tuduh org islam, dan dia sendiri ungkai kan sbrnya org US sndri yg buat.. well pd aku kalau org dpt dgr part ni byk buat kita brfikir, logik gak semuanya, tp tu laa sape kita nk judge lelebih kann..
stakat dia convert kan org islam tu, tak heran sgt sbb hampir setiap ceramah dia ada jer kejadian convert secara live berlaku.. huhu allahu hebat sungguh.. skrg ni anak dia plak pelapis dia..
macam juga soalan orang kristian mengenai gereja, beliau kata kalau ikut gereja ada katolik, protestan dll ... ajaran sesuatu agama mesti mengikut kitab... Islam dengan AlQuran dan Hadis Sahih .. orang kritian jika ikut Injil pun mesti akui Islam sebagai agama yang mesti dianuti, Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang terakhir ... tapi orang kritoan pun tak ikut Kitab Injil....dalam Injil sebut Jangan Berzina, Berkhatan, Jangan Makan Babi..tapi mereka sendiri langgar ajaran dalam kitab Injil..
Pope pakar teologi xtian, tapi beliau tidak dilatih untuk menjadi seorang pendebat dan pakar perbandingan agama.
Sama juga iman dekat majid di Mekah tu. Dia pakar teologi Islam, tapi beliau tidak dilatih untuk menjadi seorang pendebat dan pakar perbandingan agama.
Aku rasa, kat luar sana, ramai dah pendebat Xtian mengajak Zakir ini berdebat. Tapi dia diam jer.
Sebaliknya, dia ajak pope yang bukan kaki debat untuk berdebat.