|
Oleh Adib ZA
Kebiasaan mencukur wajah pada waktu pagi, adakah anda rasa ia merupakan cara paling berkesan untuk para lelaki?
Sebenarnya mencukur tiap pagi tidak salah, namun bagi lelaki yang memiliki masalah kulit seperti iritasi, kemerahan dan bulu tak sekata harus melakukan sesuatu yang berbeza.
Satu tips untuk anda, bercukur pada waktu malam sebelum tidur adalah sangat baik dan digalakkan berbanding waktu pagi.
1. Ini kerana semasa anda tidur banyak cecair dan juga aliran darah yang berkumpul di bahagian kepala dan wajah kerana anda telah berbaring selama lebih 6 jam.
2. Sebab itu, waktu pagi wajah selalu tampak sembap, begitu juga dengan mata.
3. Selepas seharian, cecair dan aliran darah ini akan kembali normal. Sebab itu wajah yang sembap lebih sukar dicukur berbanding yang tidak sembap.
4. Bercukur sebelum tidur, cecair di bawah kulit anda lebih minimum dan memudahkan proses bercukur. Selamat mencuba! - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|