View: 2451|Reply: 18
|
Chong Wei Berdepan Cheng Long Di Final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
[Copy link]
|
|
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah untuk meraih kejuaraan ke-11 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila mara ke perlawanan akhir saingan itu, hari ini.
Chong Wei menempah slot ke pentas akhir selepas mencatat kemenangan mudah 21-7, 21-14 ke atas pemain nombor lima dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark pada aksi separuh akhir berlangsung selama 35 minit di Stadium Malawati, hari Sabtu.
Pilihan kedua kejohanan itu akan berdepan jaguh China, Chen Long, yang juga pemain nombor satu dunia, pada perlawanan akhir, esok.
Chen Long mara ke pentas final selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pemain muda Indonesia, Jonatan Christie 8-21, 21-19 dan 21-14 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Untuk rekod 23 pertemuan, Chong Wei memenangi 11 perlawanan manakala Chen Long berkelebihan satu kemenangan.
baca selanjutnya - Chong Wei Selangkah Lagi Raih Gelaran Ke-11 Terbuka Malaysia
Sumber - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Chen Long atau Chong Wei … Siapa lebih berhak?
Hanya perseorangan lelaki dijangka menjadi perhatian utama di pentas final Terbuka Malaysia esok.
Dua seteru, Chen Long dan Chong Wei bakal turun dengan misi berbeza.
Chen Long pastinya mahu mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu sekaligus menjadi pemain kedua luar negara yang meraih kejuaraan terbuka Malaysia tiga kali.
Hanya pemain Thailand, Charoen Wattanasin yang berjaya meraih tiga kejuaraan dalam penyertaan Terbuka Malaysia, 1958, 1959 dan 1962.
Chen Long telah pun memahat namanya selaku juara perseorangan sebanyak dua kali, iaitu pada 2003 dan 2015.
Chen Long pastinya menjangkakan saingan sengit bukan sahaja diterima daripada Datuk Lee Chong Wei, bahkan penyokong tempatan yang pastinya akan member sokongan pada kepada pemain Malaysia.
“Untuk esok, sudahpasti penyokong Malaysia akan memberikan tekanan kepada saya. Setiap perlawanan adalah pengalaman yang baru. Saya akan buktikan esok lawan Chong Wei adalah seorang pemain yang hebat dan akan bermain dengan baik untuk mempertahankan kejuaraan,” kata Chen Long.
Pemain nombor satu dunia ini dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain muda dari Indonesia, Christie Jonatan dalam pertarungan tiga set, 8-21, 21-19, 21-14.
Bagi Chen Long, beliau hamper tewas jika Jonatan berjaya mengawal permainan ketika di penghujung set kedua.
“Dia (Christie Jonatan) tidak sepatutnya terlalu ghairah dan tidak melepaskan peluang yang ada. Tetapi ia adalah perkara yang normal berlaku kepada pemain muda, malah, saya juga pernah melalui situasi itu,” katanya lagi.
Chen Long akan berdepan juara 10 kali, Datuk Lee Chong Wei yang mudah mengatasi pilihan kelima dari Denmark, Jan O’ Jorgensen dengan kemenangan straight set 21-17, 21-14.
Manakala empat lagi kategori bakal menobatkan juara baru.
Final bagi perseorangan wanita akan menemukan dua finalis, Tai Tzu Ying dari Taiwan dan pemain Thailand Ratchanok Intanon.
Tai Tzu Ying mengejutkan pilihan ketiga kejohanan Saina Nehwal dengan kemenangan straight set 21-19, 21-13.
Manakala Ratchanok menafikan hasrat pilihan keenam yang juga juara 2012 Wang Yihan dengan kemenangan 21-11, 21-19.
“Berdepan Tai Tzu Ying mungkin sukar untuk saya kerana dia lebih kurus berbanding sebelum ini. Sudah pasti saya mahu menang di final. Tetapi pada saya, menang ke atas Wang Yihan adalah bonus,” kata Ratchanok.
*p/s panjang lagi storiesnya... letih nak copy n pes pakai tablet nie huhuhu...
Sumber - http://www.sports247.my/v1/2016/ ... siapa-lebih-berhak/ |
|
|
|
|
|
|
|
lebih tertarik dgn permainan mixed double malaysia tadi. pape pun good luck final esok |
|
|
|
|
|
|
|
yes!!!! esok kena beli jajan nak ngadap final...
2-3 hari ni laki ahkak je ngadap sorang2 layan semi...
last sekali layan chen long kat stadium superseries dubai
agak mengecewakan...kalah straight set..
nehwal tu asik laaa kalah dua tiga menjak ni
ahkak suko gak minah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuda tua ku lari gagah berani . |
|
|
|
|
|
|
|
All the best Tok Chong Wey . |
|
|
|
|
|
|
|
okay cuba sehabis baik ... |
|
|
|
|
|
|
|
gud luck! |
|
|
|
|
|
|
|
chayok..chayok...
lee chong wei.. lee chong wei...
|
|
|
|
|
|
|
|
adel7 replied at 9-4-2016 11:39 PM
lebih tertarik dgn permainan mixed double malaysia tadi. pape pun good luck final esok
Yup..iols lagi suka layan mix dabel..
yg lelaki guna power...smash yg padu..
Dan yg pompuan main control...placing,pancing opponent utk lift shuttle tggi..
peng soon kena baiki serve... |
|
|
|
|
|
|
|
Pesanan untuk en. Zulkifli...lepaskan la anak tu untuk train dgn jurulatih yang lebih berwibawa..train ngan seu bock ke..misbun ke...
Tak ke mana budak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tv brape ye chong wei lawan chen long? |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 10-4-2016 12:38 PM
tv brape ye chong wei lawan chen long?
Tv1 @ astro arena |
|
|
|
|
|
|
|
frust Lin Dan kalah...:zz:zz:zz |
|
|
|
|
|
|
|
go chong wei go! |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 10-4-2016 03:06 PM
jam brape ye??
Sekarang mixed doubles..mybe pkul 5-6 mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah chong wei..menang sudah |
|
|
|
|
|
|
| |
|