|
Oleh Fyruz Hanna
Kerana Islamik fesyen berkembang hebat sehinggakan jangkaan pasaran meningkat $484 bilion pada tahun 2019, ramai pereka fesyen terkenal beralih arah untuk mereka pakaian memenangi hati wanita Islam.
Namun ada juga yang tak gemar mengenai antaranya Pierre Berge, orang kuat jenama Yves Saint Laurent.
"ereka harus ketepikan idea islamik dalam fesyen. Ia tiada kaitan. Pereka harus mereka supaya wanita merasa diri mereka cantik, beri kebebasan dan bukan kerjasama dengan diktator yang menyebabkan kecantikkan wanita dilindungi," kata Pierre dalam satu temubual.
Akhir-akhir ini banyak fesyen label mengeluarkan pakaian yang lebih islamik antaranya jenama Dolce & Gabbana, H7M, Mango dan juga Uniqlo.
Pendapat penulis, fesyen adalah universal, dan kebebasan dalam berfesyen bukanlah ditentukan hanya pada singkatnya pakaian seseorang. Harap Pierre dapat membuka mata menerima perubahan dalam dunia fesyen. -CARI Infonet. |
|