View: 11749|Reply: 8
|
Kaji Semula Sejarah Tok Janggut
[Copy link]
|
|
Kecelaruan fakta berhubung nasib yang menimpa Tok Janggut bukan satu perkara yang baru, kata Pakar sejarah Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali.
Beliau mengambil contoh pejuang Melayu lain seperti Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor di Perak yang mengikut rekod mereka mati digantung namun maklumat daripada keluarga mereka menceritakan yang sebaliknya.
"Orang yang membuat dakwaan itu biasanya mengaku daripada keturunan tokoh itu tetapi tiada catatan sistematik. Itu yang menyukarkan pengkaji sejarah.
"Sumber lisan turun temurun boleh diterima, tak salah tetapi kita mesti teliti orang yang menyampaikan keterangan itu dan bandingkan dengan sumber-sumber lain," katanya.
Beliau memberi contoh, menurut rekod Tok Janggut mati di Kampung Pupoh, Jeram, Pasir Puteh dan mayatnya diusung di Kota Bharu sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat. Itulah kebenarannya hingga kini.
"Tetapi kesahihan rekod itu akan diuji jika ada kajian baru dibuat. Jadi, kajian yang dibuat oleh Abdullah Al-Qari berkenaan kubur Tok Janggut di Machang boleh dipertimbangkan dan boleh mempengaruhi sumber asal itu," katanya.
-Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ktanya ada yg jdik batang pisang time gantung. org ilang x taw pi mna |
|
|
|
|
|
|
|
Pengkhianat kan.....sebab derhaka pada Al Sultan..... |
|
|
|
|
|
|
|
sebenar picca org gantung terbalik itu pun bukan Haji Mat Hassan Bin Munas aka tok janggut
katanya sumber cucu cicit tok janggut
|
|
|
|
|
|
|
|
Mayat sepoi dikata mayat tok janggut |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kaji ni tukar isi sume buku teks |
|
|
|
|
|
|
|
kena baca balik ttg kisah Tok Janggut ni
x silap dlm buku sejarah Tahun 5 ada ttg Tok Janggut |
|
|
|
|
|
|
|
Muka berserabut macam sial lagi pihak british bangsa hamba abdi mau kata Tok Janggut |
|
|
|
|
|
|
| |
|