Edited by CARI-IIN at 8-4-2016 04:41 PM
Artikel Oleh Izzah Abbasy | Video Oleh Izzah Abbasy & Danny | Suntingan Visual Danny
Biar ku jalan dulu
Puas ku tunggu
Puas ku tunggu
Biar ku jalan dulu
Lu lambat macam mana
Itu bukan hal aku
Bukan hal aku
Itu bukan hal aku
(Sebahagian lirik lagu Bukan Hal Aku)
Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mula menyanyi pada umur lapan tahun lagi. Bermula dengan 'Single' Terpulanglah, Kaka Azraff seterusnya popular dengan lagu Bawaku Pergi dan Infiniti Cinta bersama Zizan Razak.
Umum mengetahui juga Kaka merupakan anak saudara kepada penyanyi Rock Terkenal tanah air iaitu Ella, Ratu Rock Malaysia. Ada juga yang berpendapat, Kaka dilihat saling tak tumpah seperti Ella daripada segi gaya dan cara nyanyian yang dibawanya. Tetapi, jangan salah sangka Kaka mempunya identiti tersendiri sebenarnya.
Agak-agaknya Kaka Azraff ada kontroversi yang panas tak?
Ha, terdahulu Kaka terpalit dengan kontroversi melibatkan Tasha Shilla dan bekas teman lelakinya Hans kononnya Kaka cuba merampas Hans. Sebaliknya, Kaka sendiri langsung tidak ada kena-mengena dalam hal pasangan terbabit sebelum ini.
Kemudian, kisahnya dikritik hebat oleh “keyboard warrior” apabila beliau memuat naik foto ketika meragakan pakaian ala Bollywood di mana Kaka memakai cincin hidung ketika itu. Namun, gambar berkenaan diambil ketika menjayakan sebuah sesi fotografi seorang penuntut universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sedang menyiapkan projek akhirnya.
Kini, Kaka Azraff dilihat berhati-hati dengan setiap tindakan dan kalau boleh 'malas' layan gosip-gosip yang boleh menjatuhkan kariernya sebagai penyanyi dan pelakon. Paling penting, Kaka tidak melenting dengan setiap kontroversi yang dipalit ke atasnya kerana baginya apabila sudah menajdi selebriti, sudah pasti tidak boleh lari dengan setiap gosip.
Sungguhpun begitu, wartawan CARI baru-baru ini sempat menemubual Kaka Azraff dan telah menanyakan 5 SOALAN CEPUMAS kepada beliau. - CARI Infonet
|