CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4748|Reply: 6

Telekung Warna-Warni Bertukar Tudung Jadi Trend Sista Bergaya!

[Copy link]
Post time 8-4-2016 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Jika sebelum ini, sukarnya nak membawa kain sembahyang atau telekung kerana material yang berat dan berwarna putih pula.

Kini tidak lagi kerana telekung warna-warni menjadi trend dan pilihan ramai wanita untuk memilikinya. Ia bukan sahaja ringan dan mudah dibawa, malah sangat praktikal hanya singkatkan sedikit ia boleh dijadikan tudung dan dilabuhkan menjadi telekung jika ingin menunaikan solat.

Telekung ini mudah sahaja untuk didapatinya kerana rata-rata ia sudah terjual di online dan mana-mana butik pakaian.

Trend telekung menjadi tudung dan tudung boleh bertukar kepada telekung sebenarnya sudah lama ada di pasaran. Betul tak? Biasanya penggemar tudung labuh menjadikan telekung ini sebagai tudung utama mereka sebab mudah dan senang untuk digayakan.

Penulis yakin pasti kakak-kakak, mak cik dan adik-adik sudah memiliki telekung ini kan? Warna apalah? - CARI Infonet



























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa tu lawa. Tp warna pastel la atau yg gelap. Kalau terlalu terang mcm lampu neon tu aku rasa cam tak sesuai dan ganggu org nk solat.

Aku sendiri prefer guna putih je. Kan tenanggg nak hadap Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, harga tudung ke telekung ni bapak mahal. Sbb kualiti dan lebar kain agaknya.

Cuma tak praktikal sgt kalau org yg pakai tudung tu pakai seluar. Manada org keluar pakai kain je memanjang kan. Taktau la kalau ada yg prepare kain utk solat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:31 PM | Show all posts
berkenan pula tgk telekung bella ammara warna peach puff ni... mesti mahal... biasa telekung yg cantik2 aku pakai kat rumah je.. segan nak pakai kat luar. takut distracting n takut riak.. n xnak org pandang2 aku hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Trend ni da lame senarnye..c heliza tu yang kuarkan tudung telekung tu..tp maybe disebabkan marketing xmeluas xdelaa nk feymes sgt....btw,suke plain white...ase tenang aje nk solat pun...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2016 10:47 AM | Show all posts
cantiklah jenis yang mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2016 01:52 PM | Show all posts
hoho...saya memang tak gemar yg colourful ni

beli pon kaler putih...

kat umah mak je guna kaler maroon, purple...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.085648 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list