CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6174|Reply: 54

[Tempatan] Lin Dan kritik gelanggang 'setengah' Stadium Malawati

[Copy link]
Post time 8-4-2016 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Lin Dan kritik gelanggang 'setengah' Stadium Malawati

http://www.malaysiakini.com/sukan/336956

Bernama     
7 Apr 2016, 6:37 petang      7 Apr 2016, 7:14 malam



Stadium Malawati, Shah Alam, yang menjadi gelanggang kejohanan berprestij Terbuka Malaysia hari ini memberi sambutan 'mengejutkan' kepada jaguh badminton dunia yang ternyata kurang berpuas hati dengan kemudahan disediakan.

Kejutan pertama dialami pasangan China, Tang Yuanting-Yu Yang ketika menentang beregu negara, Goh Yea Ching-Peck Yen Wei, apabila gelanggang mereka ditimpa titisan air dipercayai daripada sistem penghawa dingin stadium.

Berikutan itu, perlawanan terpaksa dihentikan kira-kira 15 minit ketika pasangan China berkenaan mendahului 12-5.

Selepas berbincang, pengadil dan pegawai perlawanan bersetuju menukar gelanggang daripada gelanggang tiga ke gelanggang empat.

Selepas bertukar gelanggang, perlawanan antara pasangan China dan beregu negara berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Yuanting-Yu Yang 21-10, 21-8.



Selepas kejadian itu, bekas juara dunia, Lin Dan (gambar) turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan penganjur menyediakan gelanggang pemanas badan yang kecil.

Beliau yang turun pada perlawanan pertama hari ini, nyata terkejut melihat ruang gelanggang pemanas badan yang disediakan kerana mengehadkan pergerakan ketika melakukan pemanasan badan.

"Kebiasaannya gelanggang pemanas badan adalah bersaiz penuh, tapi di sini ia begitu kecil...hanya setengah gelanggang. Jadi, ia amat sukar untuk melakukan banyak pergerakan ketika memanaskan badan," katanya.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu juga tidak berpuas hati dengan keadaan angin yang agak kuat ketika beraksi di gelanggang hari ini.

Kali terakhir beliau beraksi di Stadium Malawati adalah pada Terbuka Malaysia edisi 2000.

Turut menyuarakan pendapat sama, beregu lelaki nombor empat dunia, Fu Haifeng-Zhang Nan yang tidak selesa melakukan pemanasan badan di gelanggang yang kecil.

"Kami tidak pernah melihat gelanggang sekecil ini untuk memanaskan badan. Ia begitu sukar untuk kami terutama pemain beregu untuk melakukan pergerakan sebelum menghadapi perlawanan sebenar," kata Haifeng yang juga bersungut mengenai keadaan angin yang menyukarkan mereka mengatur strategi permainan.

Sementara itu, pada perlawanan pusingan pertama hari ini, Lin Dan menewaskan pemain perseorangan negara, Chong Yee Han 21-10, 21-15, manakala pasangan Haifeng-Zhang Nan menumpaskan Hendra Aprida Gunawan-Markis Kido dari Indonesia 21-17, 21-17 untuk mara ke pusingan kedua.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 08:22 AM | Show all posts
banyak songeh la leluhur jinjang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau tgk dari pic atas tu..macam nak buay catwalk je
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 08:35 AM | Show all posts
hahahah... setengah gelanggang.. kelakar betul
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 08:50 AM | Show all posts
klau x suka, berambus balik china

yg ikhlas,
seperti biasa
hasil produk rasis umno


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 08:54 AM | Show all posts
heheheheheheheee......saje je deme wat cam tue....hihkhihhkikk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2016 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelanggang tu di bagi dua kerr?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 08:54 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 8-4-2016 08:50 AM
klau x suka, berambus balik china

yg ikhlas,


eh, dia laaeeenn, dia china kuminis Menlen, parti kembar umngok...laeenn tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 4 court utk game...warm up coirt yg tertera kat atas tu sebelah court game..tutup nga tirai warna itam je..

***game malam rabu...iols nonton chen long vs mark zwiebler dok atas kerusi VIP lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:01 AM | Show all posts
Buatlah hal macam-macam yang menyusahkan pemain China itu agar Malaysia dapat dengan mudah menewaskan mereka ... sebab di negara lain .. susah bagi Malayasia membuat kecurangan  seperti ini ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Game last malam rabu tu...sanjaya/gideon vs england...lampu limpah kat atas court bertukar jd lampu disko..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:07 AM | Show all posts
buat malu jer..... cikai betul tahap penganjuran malaysia... selayaknya dikritik... ada duit kena songlap beli handbag kejadah betui........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp pakai stadium haf fak nie...stadium negara apa jadi?
Penganjur pon bodoh..konon 6star tournemen..tapi gelangang...xde star
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:10 AM | Show all posts
idril replied at 8-4-2016 08:07 AM
buat malu jer..... cikai betul tahap penganjuran malaysia... selayaknya dikritik... ada duit kena so ...

Yang penting pemain Malaysia menang .... apapun caranya jika perlu curangi mereka ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:14 AM | Show all posts
jf_pratama replied at 8-4-2016 09:10 AM
Yang penting pemain Malaysia menang .... apapun caranya jika perlu curangi mereka ...


hai Indon gutless, idup kembali kamu yah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:15 AM | Show all posts
pyropura replied at 8-4-2016 09:14 AM
hai Indon gutless, idup kembali kamu yah...

musti dah meeting kat kuskus tu... sapa yg harus buat kemunculan....  dr hantar newbies berhingus kick off n dissolved tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 8-4-2016 09:09 AM
Knp pakai stadium haf fak nie...stadium negara apa jadi?
Penganjur pon bodoh..konon 6star tournemen ...

Tgh renovate
.... .katanya..

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:20 AM | Show all posts
apa punya penganjur sukan malaysia ni. serba serbi tak mampu.. serba serbi tak reti.

buat malu lah. kau ingat ni mssm? boleh buat contestant macam budak sekolah?

lemah!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:21 AM | Show all posts
whoa mmg kecik pun kalo yg gambar di atas tu gelanggang dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
jf_pratama replied at 8-4-2016 09:01 AM
Buatlah hal macam-macam yang menyusahkan pemain China itu agar Malaysia dapat dengan mudah menewaska ...

Abis tu..player malaysia ada tempat warm up special? Full court?

Sama saja donggg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.073705 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list