CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2532|Reply: 4

[Makanan Sihat]: Resepi Kimchi Timun Pedas

[Copy link]
Post time 7-4-2016 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Sejak kebelakangan ini, drama Korea menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, apa-apa saja produk yang dihasilkan oleh Korea pasti menjadi trend di negara ini. Kini yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah masakan dari Korea khususnya makanan utama orang Korea iaitu Kimchi.


Kimchi makanan ruji masyarakat Korea juga mula mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.


Kimchi kobis memang boleh dikatakan makanan Korea yang biasa dan sering dimakan oleh masyarakat Malaysia.


Bagaimana pula kimchi timun pedas, pernah cuba tak?


Nak tahu apa agaknya rasa kimchi timun ni? Jom cuba buat sendiri, mudah aje!



sumber foto:

Bahan-bahan :
1 kg timun muda saiz kecil
2 sudu besar garam
1 biji lobak saiz sedang
1 biji bawang bombay
4 ulas bawang putih, dicincang kasar
3 sudu besar sos ikan
5 sudu besar serbuk cili (sesuai selera)
30 ml air
1 sudu kecil gula
1 sudu besar bijan




Cara membuat :
1) Timun dibelah menjadi empat, tapi jangan sampai terpotong hujungnya. Jadi bentuk poket.
2) Letak garam ke seluruh timun. Biarkan selama 20 minit.
3) Lobak merah dihiris nipis.
4) Bawang merah juga dihiris nipis.
5) Di dalam mangkuk, masukkan lobak merah, bawang bombay, serbuk cili, sos ikan, gula, aduk rata hinga semua tercampur rata.
6) Cuci bersih timun yang sudah diletak garam.
7) Masukkan di dalam timun campuran tadi, sampai penuh.
8) Siap dihidangkan dengan nasi panas dan sup. - CARI Infonet




sumber info : wansita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 09:37 PM | Show all posts
ya Allah...sedapnya..

err..serbuk cili apa yang digunakan tu?
nampak macam merah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Terliur tengok macam acar.. Mesti sedap ni! Fuuuuuuuuh.....!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 10:32 PM | Show all posts
Wahhhh...kimchi timun pon ada jugak.yeyyy.nk try buat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 06:15 PM | Show all posts
terliur tgk. tp takot xjd buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.044391 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list