View: 2143|Reply: 0
|
Tip Pilih Nama Anak, Bukan Sesuka Hati Tau!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Memilih nama anak bukanlah satu perkara yang main-main dan diletakkan sesedap rasa. Selain sangat istimewa, nama juga adalah doa yang memberi kebaikan kepada si kecil sepanjang hayatnya.
Buat para ibu bapa, semak tips ini dalam memilih nama anak anda, memetik laman abiummi.com:
1. Sesuaikan jantina
Jika belum mengetahui jenis jantina anak yang sebaiknya siapkan 2 nama. Nama yang pertama untuk anak lelaki dan nama kedua untuk anak perempuan.
2. Maksud nama
Sebaiknya mencari informasi yang tepat mengenai erti dari nama tersebut. Jangan memberi nama dalam bahasa Arab yang maknanya adalah keburukan, maksiat, dan kejahiliyahan.
3. Nama adalah doa
Kita tentunya menginginkan nama itu akan memberi manfaat dan kebaikan bagi anak. Berikanlah nama yang bererti kebahagiaan, kesolehan, dan kejayaan bagi anak.
4. Waktu menentukan nama anak
Berdasarkan sunnah Rasul, ada waktu-waktu yang baik untuk memberi nama anak, iaitu,
Ketika anak dilahirkan.
Pada hari ketiga setelah anak lahir.
Pada hari ketujuh setelah anak lahir.
Semoga tips ini memberi manfaat dan membantu para bakal ibu bapa dalam memilih nama terbaik untuk anak anda nanti ya. - CARI Infonet
Sumber: Abiummi |
|
|
|
|
|
|
| |
|