CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4606|Reply: 42

[Tempatan] Nuan Nuan, nama anak panda gergasi dapat persetujuan China update #31

[Copy link]
Post time 6-4-2016 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 7-4-2016 10:29 AM

KUALA LUMPUR: Keputusan Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi akan diumumkan di Zoo Negara pada Khamis ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pertandingan itu yang berlangsung dari 17 Nov hingga 17 Dis tahun lepas,  melibatkan 22,830 penyertaan dari seluruh negara.

"Bilangan penyertaan itu lebih tinggi berbanding Pertandingan Menamakan Pasangan Panda yang diadakan pada 2012 dengan merekodkan 2,324 penyertaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Wan Junaidi berkata daripada 22,830 penyertaan itu, hanya sembilan nama dipilih oleh penganjur melalui satu saringan yang telus dan sistematik oleh panel juri profesional.

Beliau berkata kesemua sembilan nama tersebut telah dihantar kepada Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) untuk persetujuan pihak mereka.

"Pihak CWCA amat berpuas hati dengan keputusan pemilihan nama bagi anak panda gergasi tersebut.

"Hampir 50 peratus daripada 22,830 penyertaan yang diterima tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan seperti butiran peserta tidak lengkap, faktor umur dan ketiadaan karektor Cina," katanya.

Pemenang utama pertandingan berkenaan akan menerima sebuah kereta Perodua Myvi, manakala motosikal Demak menanti pemenang kedua dan ketiga.
Kerajaan Malaysia menerima sepasang panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, daripada kerajaan China pada 21 Mei 2014 sebagai tanda meraikan ulang tahun ke-40 jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Liang Liang melahirkan anak panda betina pada 18 Ogos tahun lepas, dan anak panda gergasi itu mula dipamerkan kepada pengunjung Zoo Negara pada 17 Nov selepas hampir tiga bulan dikuarantinkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2016 12:43 PM | Show all posts
@dizeck mesti berbangga dengan kehadiran panda China ini
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
apa speselmya anak panda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti nama dia melody chow
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 12:49 PM | Show all posts
menang dapat myvi oooo
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 01:16 PM | Show all posts
Esmiria replied at 6-4-2016 12:46 PM
apa speselmya anak panda ni?

khuenn ai pun tertanya2 perihal yang sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2016 01:44 PM | Show all posts
baru pasal panda je pon dah nak tunjuk sape bos..

tu blum jadi polis dunia lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 01:45 PM | Show all posts
mesti bangga jadi panda tu..
nak letak nama anak pun dua negara kena pikir..
bukan calang-calang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jho low kot nama anak panda ni..yg 2 tu dah tau,pok jib and ahkak pink
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk bnde lain lg penting...panda gak yg dipentingkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 02:27 PM | Show all posts
jarum2 halusssss kominis mula menjajah negara
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 02:29 PM | Show all posts
kecimpret replied at 6-4-2016 02:27 PM
jarum2 halusssss kominis mula menjajah negara

china komunis takpa..jgn cina dap....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 02:32 PM | Show all posts
the_killer replied at 6-4-2016 02:29 PM
china komunis takpa..jgn cina dap....

china kominis baik cina dap jahatttttt..yg ceroboh perairan aritu cina dap bkn china kominis
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 6-4-2016 02:32 PM
china kominis baik cina dap jahatttttt..yg ceroboh perairan aritu cina dap bkn china kominis  ...

Cina dap gadai negara wooo.... hihii
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 02:44 PM | Show all posts
Nama kena ikut style cina: Men Der ma
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu projek bodoh bijan yg memakan diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2016 04:44 PM | Show all posts
Nak nama anak panda pun kecoh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 04:46 PM | Show all posts
nama Najib junior..
Melopong warga PRC
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 04:49 PM | Show all posts
bagi nama lenchai je lar
kt senang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat rakyat bawahan mana la tau kepentingan panda ni pada hubungan malaysia china..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list