|
Oleh Fyruz Hanna
Paling biasa kita dengar, yang 'hijau' merupakan makanan yang paling sihat.
Jika anda bukan penggemar sayur, anda ada alasan ini untuk teruskan tidak memakan sayur.
Ini kerana kajian terbaharu mendapati kentang goreng adalah lebih baik daripada salad dan tinggi karbohidrat.
Kajian yang diketuai oleh Profesor Eran Segal dari Institut Weizmann meliputi 800 respondan yang dikaji berdasarkan tahap gula dalam darah dan pengambilan makanan yang sama iaitu kentang goreng.
Dalam bahasa mudah, jika anda sedang melakukan diet yang sihat, anda tidak seharusnya mengamalkan salad kerana ia bukan diet yang baik dan sihat. -CARI Infonet. |
|