CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12424|Reply: 73

Sherry Berhijab,Gembirakan Ibu Dan Ayah (73# Belum Nak Kahwin)

[Copy link]
Post time 4-4-2016 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Glass_shoes at 7-4-2016 08:43 AM




KUALA LUMPUR: Pelakon, Sherry Ibrahim membuat keputusan untuk berhijab pada hari lahirnya yang ke-33, hari ini, bagi menggembirakan kedua-dua ibu dan bapanya.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim turut menyifatkan keputusannya itu juga adalah di luar jangkaan diri sendiri, pada masa sama penghijrahan terbabit memberikan ketenangan buatnya.

"Keputusan yang saya buat ini (berhijab) begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah."Sebelum ini saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung. Saya mahu menggembirakan mereka.

"Saya berasa sayu apabila tidak menyumbang sesuatu kepada mereka. Bayangkan, ibu hampir tidak mengenali saya ketika kami berjumpa dengan imej baharu ini. Saya dapat lihat perasaan gembira pada wajah mereka," katanya ketika dihubungi BH Online.

Sherry menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik gambar imej baharunya itu bersama ibu dan ayah dengan meletakkan kapsyen: "Ini (berhijab) adalah untuk kamu berdua. Saya bersyukur kerana memiliki kamu semua sebagai ibu bapa yang lahir dan membesarkan saya dengan baik. Jasa papa dan mama takkan saya lupakan. Sayang kamu berdua."Dalam pada itu, Sherry yang pernah popular dengan drama Teduhan Kasih berkata, sebelum ini beliau kerap mendengar beberapa ceramah agama dan ia juga antara sebab beliau berhijrah untuk menjadi wanita Muslimah yang baik.

Sementara itu, ditanya mengenai haluan kerjaya pula, kata Sherry, beliau enggan terlalu memikirkan mengenai perkara itu, namun tetap meneruskan aktiviti seni seperti biasa."Saya akan teruskan kerjaya seperti biasa. Cuma watak yang dipilih selepas ini mengikut kesesuaian imej."Cuma saya bakal muncul menerusi program Gempak Superstar tidak lama lagi dan saya tidak tahu bagaimana penerimaan pihak produksi memandangkan sesi fotografi untuk tujuan promosi sudah pun dibuat."Apapun, sekarang ini saya enggan lagi memikirkan perkara yang sudah berlalu. Dengan imej baharu ini, saya akan ke depan meneruskan kehidupan ke jalan Allah," ujarnya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140127



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2016 07:23 AM | Show all posts
erkk!!!....kadang2 kata yang keluar dari mulut menampakkan ktidak cerdikan kita. Bertudung itu adalah satu kewajipan dan tuntutan agama bukan sekadar untuk ibubapa atau untuk puaskan hati orang. By the way...semuga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 07:31 AM | Show all posts
sendu la ko kak...

dia ni dah clash eh dgn pakwe obersi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 4-4-2016 07:31 AM
sendu la ko kak...

dia ni dah clash eh dgn pakwe obersi tu?

Dia dengan fattah sekarang. Ke dah tukar?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 07:34 AM | Show all posts
Alhamdulillah. walau apa pun niat dia tapi memulakan langkah pertama adalah lebih baik dari orang yang tak pernah berniat untuk bertudung. semoga terus istiqamah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 07:34 AM | Show all posts
ellZack replied at 3-4-2016 11:32 PM
Dia dengan fattah sekarang. Ke dah tukar?

ntah la noks..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2016 07:51 AM | Show all posts
nampak sweet la sheols...tapi mcm berumur pulak ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Xkesah la niat pape pn yg penting berhijab tutup ketet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2016 08:01 AM | Show all posts
makton replied at 4-4-2016 07:31 AM
sendu la ko kak...

dia ni dah clash eh dgn pakwe obersi tu?

Yang tu bukan Siti Saleh ker? Ko konpius ngan deols berdua? Jauh beza sangattt taw
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:20 AM | Show all posts
Edited by makton at 4-4-2016 02:18 AM
Bm7add9 replied at 4-4-2016 12:01 AM
Yang tu bukan Siti Saleh ker? Ko konpius ngan deols berdua? Jauh beza sangattt taw

dalam sembang teh tarik dgn Ac tu dia bgtau bf dia orang UAE ke mana ntah.

ko gile ke ckp aku konpius deme berdua?? jauh panggang dr api kot sherry & siti saleha ni  
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Gf fatah amin ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:22 AM | Show all posts
Sherry ni kapel dgn fattah amin lerr

Anyway mohon kluakan sheolss awal dr gempak superstars
Hehehe sebagai menyokong sheolss menuju ke jalan Allah

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:24 AM | Show all posts
bentuk muka dia lonjong.. makin cantik bila berhijab.
boleh berlakon adik beradik dgn raja farah...
semoga istiqamah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2016 08:25 AM | Show all posts
Duta lover replied at 4-4-2016 08:22 AM
Sherry ni kapel dgn fattah amin lerr

Anyway mohon kluakan sheolss awal dr gempak superstars

Aish,kan menurut yatt sejadah,nana menang GV sbb jaga pemakaian

Mana tau sherry pon bakal menang
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:31 AM | Show all posts
makton replied at 4-4-2016 07:31 AM
sendu la ko kak...

dia ni dah clash eh dgn pakwe obersi tu?

rasanya dh lama clash n skg ngn patah amin tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:32 AM | Show all posts
Bm7add9 replied at 4-4-2016 08:01 AM
Yang tu bukan Siti Saleh ker? Ko konpius ngan deols berdua? Jauh beza sangattt taw

siti saleha pun ye kgk. pakwe obersi tp dh clash.

sherry pun pakwe obersi gak. tp lupa abersi tang mana. dh clash jugak ngn mamat obersi.

dua2 x berjodohan ngn mat salleh setakat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2016 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 4-4-2016 07:31 AM
sendu la ko kak...

dia ni dah clash eh dgn pakwe obersi tu?

Dah. Dgn paattah ati skrg. Eh pattah amin.

Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:32 AM | Show all posts
Sherry berhijab..Fathia pon berhijab..
dua2 berhijab dlm masa yg sama..
dan dua2 pon ada/penah ada kaitan dengan Fattah Amin
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa replied at 4-4-2016 08:24 AM
bentuk muka dia lonjong.. makin cantik bila berhijab.
boleh berlakon adik beradik dgn raja farah... ...

Aah..spesis muka lonjong...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak kalau x bg sebab kenapa bertudung.
Ni bla bla bla yada yada..

Alih2 pakai baju nampak bontot, ketet segala.

And pakai tudung is not an image.End.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.212410 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list