CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20197|Reply: 168

[Tempatan] Siti Tertipu, Dedah Kisah Sebenar Pemetik Buah di Australia

[Copy link]
Post time 1-4-2016 04:03 PM | Show all posts |Read mode



RUMAH yang diduduki dengan kadar sewa A$85 seminggu.

Modal RM9,000 hasil cuma dapat RM1,200

Kuala Lumpur
: Pasti ramai yang pernah mendengar tawaran bekerja sebagai pemetik buah di luar negara terutama Australia dan New Zealand dengan gaji yang sangat lumayan melebihi gaji seorang eksekutif.

Siapa yang tidak tergoda dengan angka pendapatan RM200,000 setahun dijanjikan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bercita-cita memulakan perniagaan sendiri tanpa bergantung pinjaman bank.

Bagi bekas kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 32, pengalaman selama dua bulan di Melbourne, Australia, patut dijadikan rujukan bagi mereka yang berhajat meraih pendapatan lumayan dengan kerjaya memetik buah.

Menurutnya, penyebab utama menggerakkan dirinya merantau ke negara itu semestinya pendapatan lumayan dijanjikan dalam iklan di laman sosial.

Dia yang sebelum itu bekerja di sebuah syarikat besar dengan gaji hampir mencecah RM5,000 sebulan pada mulanya meletakkan jawatan selepas ibunya terpaksa memulakan rawatan dialisis dan dia saja yang masih belum berkahwin ketika itu.

“Mula-mula berhenti kerja, saya sangka mendapat sokongan adik-beradik lain kerana saya perlu membayar ansuran kereta serta pinjaman peribadi yang boleh dikatakan agak banyak jumlahnya setiap bulan.

Bagaimanapun, selepas hampir dua bulan menjaga ibu yang baru menyesuaikan diri dengan rawatan dialisis, saya dapati adik-beradik lain mempunyai tanggungan sendiri kerana masing-masing berkeluarga.

Dari situ timbul niat ke Australia memetik buah selepas membaca satu iklan di Facebook (FB) yang menawarkan gaji RM12,000 sebulan.

Bagaimanapun, mengenangkan keadaan ibu yang uzur saya hanya menyimpan niat itu di dalam hati, tanpa saya sedari, ibu saya sebenarnya tahu kesempitan dihadapi ketika itu.

Ibu saya memberikan cadangan supaya pergi ke sana memetik buah selepas mendengar cerita daripada kakitangan kakak saya mengenai suaminya yang dapat melangsaikan segala hutang dalam masa setahun selepas bekerja di sana.

Oleh kerana sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibu, saya mengeluarkan semua simpanan serta menjual motosikal kesayangan, malah meminjam daripada adik-beradik dan rakan untuk dijadikan modal.

Saya diperkenalkan dengan seorang ejen oleh rakan yang sudah ke sana, yang mengenalkan diri sebagai Mie dan dia menawarkan harga promosi RM1,500 kononnya sebagai kos menguruskan penginapan serta pengangkutan minggu pertama saya apabila tiba di sana nanti.

Memikirkan saya bergerak secara solo, saya mengambil keputusan menggunakan khidmat ejen itu dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.

Jumlah keseluruhan dibelanjakan untuk ke sana, termasuk tiket kapal terbang dan upah ejen, hampir mencecah RM9,000 dan saya terbang ke Melbourne pertengahan Januari 2014.

Sebaik tiba di sana, ejen mengarahkan saya ke sebuah pekan kecil dikenali sebagai Robinvale dalam daerah Victoria berbekalkan satu nombor telefon yang dia sendiri tidak tahu siapa, tetapi mendakwa ia kontraktor yang akan memberikan saya kerja.

Selepas itu, saya tidak dapat menghubungi ejen itu dan di situlah bermulanya episod penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-rata mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap (PR) Australia.

Minggu pertama saya di sana, saya memetik anggur dan sepatutnya menerima bayaran A$450, namun, kontraktor hanya membayar A$150 atas alasan saya berhutang dengannya serta jumlah kotak anggur yang saya petik kurang daripada yang saya rekodkan.

Tidak berpuas hati dengan kontraktor terbabit, saya dan beberapa rakan yang ditipu berniat melarikan diri keesokannya untuk ke ladang lain, namun niat kami dihidu dan kami dihalau malam itu juga.

Selepas itu, kami berpindah ke sebuah lagi pekan dalam daerah Victoria iaitu Echuca untuk memetik tomato dan di sini, keadaan lebih baik berbanding sebelumnya kerana kami semua dapat berhubung terus dengan pemilik ladang.

Bagaimanapun, kontraktor menguruskan saya ketika itu sering bertengkar dengan pemilik ladang kerana kekurangan kerja dan itu mengakibatkan pendapatan kami terima tidak seperti yang diharapkan.

Memikirkan hutang semakin menimbun di tanah air, saya kuatkan semangat, namun semakin lama saya semakin rasa tidak berbaloi terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk bayaran yang sedikit.

Saya akhirnya mengambil keputusan menceritakan apa yang terjadi kepada ibu dan akhirnya ibu menyuruh saya pulang.

Berada di negara orang untuk bekerja tanpa permit sah membuat saya sentiasa berada dalam ketakutan, terutama apabila terserempak pihak berkuasa.

Cerita manis di FB dan juga blog menyatakan seminggu boleh meraih pendapatan A$1200 bukanlah tidak boleh dicapai, namun ia memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun sebelum pekerja diberikan kepercayaan untuk dibayar dengan jumlah itu.

Namun, sanggupkah anda bekerja tanpa sebarang dokumen yang sah serta dihantar pulang ke tanah air tanpa hasil sekiranya ditangkap pihak berkuasa?

Saya ke sana bermodalkan hampir RM9,000, dan pulang ke tanah air dengan hasil sebanyak RM1,200. Saya kini menanggung hutang keliling pinggang, selain sukar mendapatkan kerja.

SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/127034#sthash.37tZjSwN.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 04:08 PM | Show all posts
Edited by 1Apr16 at 1-4-2016 04:09 PM

Udah udahla berdengki. Dasar pekerja hmetro pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:16 PM | Show all posts
baru 2 bulan ko dah fedap..?? apsal ko tak pergi pakai permit yg sah? adoi la... otak letak mana dik oi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe dulu bukan main lagi macai2 compare gaji keje kat malaysia dengan kat australia..

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:22 PM | Show all posts
ini kelakar

@dino
@pyropura
@the_killer
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mana pyropura

warga malay jadi illegal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2016 04:27 PM | Show all posts
mepusembilan replied at 1-4-2016 04:25 PM
mana pyropura

warga malay jadi illegal

ramai kan..... berjuta2 mcm indon bersepah kat msia
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:29 PM | Show all posts

indon lagi byk kena tipu keje kat malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 04:31 PM | Show all posts
kawan i pun bukan main percaya benda ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:31 PM | Show all posts
pohon pencerahan pemetik buah tegar dan penternak vavi  @abangbikerz
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:34 PM | Show all posts
dah bodoh bahlol...patut la kena tipu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:35 PM | Show all posts
tak faham lah.. berhenti kerja sebab jaga emak dialisis.. then pi australia.?  keling punya citer
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Benti kje gaji 5k sbb nk jaga mak tu macam niat murni
Pastu ko tinggal mak ko yg sakit tu sbb tamak aud...patut laa x menjadi...
Dr gi oz petik buah, bek ko cont kje gaji 5k tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Benti kje gaji 5k sbb nk jaga mak tu macam niat murni
Pastu ko tinggal mak ko yg sakit tu sbb tamak aud...patut laa x menjadi...
Dr gi oz petik buah, bek ko cont kje gaji 5k tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak logik la citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mna dia pemuja2 obersea yg bekompang kata obersea segalanya indah?? .. mmg wujud spesis yg blik kg menceritakan  indah2 di obersea, gaji cashier pun $1500 ktanya.. duit malaysia rm6,000 lebih kurang.. perli2 gaji cashier kt tesco
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 04:42 PM | Show all posts
sanggup berabis duit dan berhutang untuk sesuatu yang blom pasti

kalau betul2 nak hidup mewah gaji lumayan .. takde jalan pintas
selalu nya yang buat kerja kutip2 buah ni kebanyakan nya pelajar yang belajar kat sana
samada untuk menghabiskan cuti sebab takde duit nak pulang
atau
saja untuk tambah wang saku untuk modal menjelajah kawasan sekitar

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:42 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 1-4-2016 04:41 PM
mna dia pemuja2 obersea yg bekompang kata obersea segalanya indah?? .. mmg wujud spes ...

konkesen mata biru....penyembah2 konkesen mesti tak setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:43 PM | Show all posts
mber wa elok jek dok petik buah kat sana..menipu jek cite nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang plak tinggal gaji yang rm5k semata2 nak p petik anggur....huhuhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.097382 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list