Siapa yang tidak mahu memiliki rambut lebat yang senang untuk digayakan untuk apa-apa style rambut yang kita mahu.
Bagi mereka yang memiliki rambut jarang dan banyak gugur dan tidak lagi lebat, style rambut yang boleh digayakan adalah sangat terhad dan mungkin botak adalah yang terbaik bagi lelaki, tetapi bagaimana pula dengan perempuan yang berambut jarang?
Mereka pasti pernah ada keinginan untuk melebatkan rambut mereka semula kan.
Berikut adalah beberapa petua yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk melebatkan rambut jarang dan gugur, diharap dapat membantu.
sumber foto : http://www.teruskan.com/
KACANG HIJAU
Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.
Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut.
Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan.
Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.
sumber foto: http://2.bp.blogspot.com/
DAUN PANDAN
Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.
Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.
Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.
Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air.
Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.
MINYAK KELAPA HIJAU
Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih.
Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.
sumber foto : http://assets.kompas.com/
DAUN LIDAH BUAYA
Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.
Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.
Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.
sumber foto: http://www.hyvakunto.com/
VITAMIN NATURAL
Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan.
Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D.
Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar rambut anda.
Catatan :-
Tiada jaminan tips-tips diatas akan berkesan 100% tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba bukan? Selain dari tips dan petua di atas, anda juga boleh pergi jumpa pakar rambut yang memerlukan perbelanjaan lebih jika anda mampu.- CARI Infonet