Pergaduhan atau berselisih faham dalam rumah tangga bukanlah perkara pelik. Jika sebelum ini ada yang menyarankan suami isteri agar bertengkar seminggu sekali untuk 'refresh' alam rumah tangga anda.
Namun, jangan dilupa cara bertengkar itu, jangan sehingga menyebabkan kesan buruk pada perkahwinan anda. Sebab itu, jika bertengkarlah dengan cara dewasa, dan bukannya keanak-anakan serta penuh emosi. Lihat tips di bawah:
1. Pemilihan kata
Perkataan yang kasar dan tajam boleh mengguris hati pasangan. Jika anda tak puas hati pun, elakkan perkataan yang kasar itu. Ingat, terlajak kata memang beri kesan buruk.
Bila anda menggunakan kata mengikut emosi, maka jalan penyelesaian semakin sukar dicari.
2. Bicara dari hati ke hati
Ketika anda cuba berlapang dada dan berbicara secara jujur apa yang terbuku di hati, ia mampu membawa kesan yang sangat besar dalam komunikasi kalian. Meskipun anda bertengkar, jangan sampai perbahasan anda itu hanya menegakkan perkara yang sama berulang kali.
Sudah tentu ia menyebabkan kedua belah pihak enggan berlaku jujur dalam soal hati mereka antara satu sama lain.
(Sumber foto: Carian google)
3. Tiada yang menang atau kalah
Bila bertengkar, ingatlah bukan nak menentukan siapa menang atau kalah. Sebaliknya lebih kepada mencari solusi. Kerana itulah yang menjadi faktor kebahagiaan hubungan kalian akhirnya.
Jika ego yang dijadikan paksa, ia ibarat anda sedang mempertaruh hubungan anda dengan pasangat. Belajarlah untuk kompromi. - CARI Infonet