View: 1650|Reply: 12
|
[Tempatan]
55 Pengemis Diselamatkan JKM
[Copy link]
|
|
55 Pengemis Diselamatkan JKM Menerusi Operasi BersepaduKUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Seramai 55 pengemis diselamatkan menerusi operasi bersepadu sempena Kembara Kebajikan 1Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) malam tadi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Noormah Abd Rauf berkata daripada jumlah itu, 53 adalah pengemis tempatan dan dua orang warganegara asing.
Katanya pengemis yang diselamatkan akan disaring bagi tujuan tindakan selanjutnya bersesuaian dengan undang-undang dan kategori kes mengikut bidang kuasa di bawah agensi yang terlibat.
"Selain JKM, operasi ini turut melibatkan agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi bersepadu itu di sini, malam tadi.
Katanya terdapat tiga pendekatan penguatkuasaan dalam menangani isu pengemisan iaitu melalui operasi bersepadu, berjadual dan ad hoc.
"Sepanjang tahun 2015, sebanyak 177 operasi bersepadu dan 866 operasi berjadual dilaksanakan oleh JKM seluruh negara.
Noormah berkata dalam operasi berkenaan, seramai 1,527 pengemis berjaya diselamatkan yang mewakili 1,115 warga tempatan dan 412 warga asing.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan terus memperkemas tindakan bersepadu bersama pelbagai agensi yang dilaksanakan sebelum ini bagi memastikan aktiviti pengemisan dapat dikurangkan.
"JKM akan meneruskan program advokasi dan kesedaran awam bagi mendidik masyarakat supaya bijak membantu bagi mengelakkan sebarang penipuan daripada pengemis atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang tidak berdaftar," katanya.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke dorang mahu diselamatkan? |
|
|
|
|
|
|
|
oo patutlah dah tak nmpak org2 minta sedekah atas jejantas lrt sogo tu...kalau tak saya selalu nmpak ibu dgn baby dan anak 2 org minta sedekah..dgn panas2nya kt situ..kesian tengok. Tapi mcm bukan warganegara kita. Kt bawah jejantas tu pun ada india siap ada tiub air kt tangan mcm baru balik dari hospital je...terbaring kt situ...yg jual2 apa entah....saya siap bwk biskut dlm paket nk bagi kt anak2 dia kalau jumpa lagi. Nk sedekah duit selalu2 sgt faham2 le...kadang2 purse kita pun kosong, yg ada kad lrt je ... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ada usaha sebegitu semoga ianya satu process berterusan bukan sekali sekala je |
|
|
|
|
|
|
|
hrp lava multinick termasuk dlm list kena tangkap tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tp pagi ni dekat LRT sogo tu masih ade lagi ibu yg bawa 2 ank tu..satu dlm umo 3 thn n satu lg baby..diorg ni ade sejak smlm..yg ni tak angkut skali ke.nmpk mcm local..bkn ape.kesian sgt tgk ank2 nya tu..pagi ni bdk tu tido lg masa maknye dduk kt area tu..tak patut sangat la bdk2 ada kt tpt ni pagi2...ank2 org lain sedang elok tido ats katil kt rumah |
|
|
|
|
|
|
|
My father sends me many images every morning through whatsapp without fail..minimum 5..max 12. that one advice he never fails to remind me again and again since i was a small boy. Coz we knows the hardship we all went through when we were small working day and night for a proper meal.
Even till now..i always be stern to remind my kids to do the same... coz some peoples in this world...wants the food which we left on the plate to waste. So keep in mind..your wastage,is another person's meal. Now and then..i show my sons the images of hungry kids wandering for foods and eating whatever they could pick due to hunger.
Show the same to your kids too...they will learn a thing or two..if not..dont blame them for not finishing their food on plate. Awareness should start from us to be passed down for the next generation. Be it youre rich or poor,educated or not...but remember..we still eats to survive.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud 'diselamatkan' ni? |
|
|
|
|
|
|
|
abbyhoney replied at 31-3-2016 11:21 AM
oo patutlah dah tak nmpak org2 minta sedekah atas jejantas lrt sogo tu...kalau tak saya selalu nmpak ...
Bgusla u ni..bg i idea..lenkali lalu area masjid india sogo..bg biskut..biskut tiger ke..chipsmore ..cap pingpong ka.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe...tq....bukan apa....saya selalu bwk makanan kucing dlm hbang saya...tu yg sumbat sekali biskut2 dlm hbag tu...smpai suami komplain ingat saya bawak batu dlm hbag... |
|
|
|
|
|
|
|
btl tu.. dari bg duit, entah2 duit tu ajen depa yg ambik.
kalau bg makanan, depa mkn kat situ jgk.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi ke? Ya Allah.... ingatkan JKM dah ambil..... saya tak sampai hati tengok baby dgn anak2 tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kt masjid jamek xnk tlg ke.ak ni derma2 mls sikit sbb org dok provok ckp ala kdg2 dorg lg kaya. tp sian gak ak tgk muka2 dorg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|