Pagi tadi, berlakunya satu kes pembunuhan yang amat kejam di bandar Taipei iaitu ibukota Taiwan, seorang budak perempuan berumur 4 tahun ditemui kepalanya dipenggal daripada badannya. Kejadian tersebut menggemparkan seluruh masyarakat Taiwan, rata-rata netizen mengecam sekeras-kerasnya tindakan si pembunuh yang tidak berperikemanusiaan di laman media sosial.
Menurut laporan beberapa media tempatan, ketika si mangsa sedang bermain basikal di kawasan lapang berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Westlake, tiba-tiba dia diserang dan dikelar sehingga terputus kepala. Suspek yang bernama Wang merupkan seorang lelaki berusia kira-kira 33 tahun.
Setakat ini, pihak polis telah berjaya menangkap suspek dan kes tersebut masih dalam siasatan.
Akibat serangan, kepala dan badan si mangsa bukan sahaja putus, malah wajah mangsa kelihatan amat memilukan. Lokasi pembunuhan berlumuran darah.
Suspek berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada di lokasi ketika itu, ibu kepada mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan menangis sekuat-kuatnya di lokasi itu. Datuk kepada mangsa pula cuba menahan kesedihan semasa berada di tepi mayat sambil membelai cucunya yang ditutup dengan sehelai kain putih.
Ini antara komen-komen netizen yang mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tidak berperikemanusiaan ini.
" Menyokong sepenuhnya pembunuhan budak kecil ini perlu dihukum mati."
" Melampau sungguh, boleh tak terus beri hukuman mati"
" Kenapa tidak kelar diri sendiri, nak pergi bunuh orang lain? Budak itu masih begitu kecil lagi" - CARI Infonet.
tak mau kaitkan denga aagama dia kah--- btc kah kristus kah--- atau bunuh orang sebab survival of the fittest--nak kurangkan chain makanan maklumlah mungkin penganut evolusi kah
Ni semua salah agama atau non agama yg diaikut lah nii---
Sakit jiwa ke penjenayah tu. X dapat nak bayangkan perasaan mak dia. Bagi anak keluar g main happy happy tapi dapat the saddest news ever. My condolence to u dear mommy. Be strong.