CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1415|Reply: 5

[Tempatan] PTPTN Masih Mampu Beri Pinjaman Kepada Pelajar

[Copy link]
Post time 28-3-2016 10:13 AM | Show all posts |Read mode
JERANTUT: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih mampu memberikan pinjaman kepada pelajar biarpun ekonomi dan nilai mata wang negara tidak menentu berikutan faktor ekonomi dunia.

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata kebajikan pelajar tetap diutamakan dengan memberikan peluang kepada 200,000 golongan itu yang layak berasaskan syarat tertentu mendapat pinjaman daripada PTPTN tahun ini.

"PTPTN masih mampu membiayai kebajikan penuntut seperti yang dijanjikan, malah jangan percaya dengan dakyah menerusi laman sosial yang memperlekeh segala usaha yang dilaksanakan PTPTN.

"Ini agar tidak mengganggu pembelajaran mereka di universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Kelompok Cawangan Umno Bahagian Jerantut di sini, Ahad.

Shamsul Anuar berkata sebanyak RM5.6 bilion dana disediakan tahun ini bagi memberi pinjaman kepada pelajar baharu yang telah ditawarkan belajar di semester yang bermula baru-baru ini termasuk diberikan kepada peminjam sedia ada.

Dalam pada itu, beliau berkata 662,983 peminjam masih gagal membuat bayaran balik melibatkan RM5.4 bilion sehingga 31 Disember lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya memberi jaminan kepada ibu bapa berpendapatan rendah bahawa dana tabung PTPTN tidak terjejas malah peruntukkan daripada suntikan kerajaan sebanyak RM5.6 bilion itu mencukupi bagi pembiayaan peminjam berkenaan.

"Ibu bapa jangan risau... PTPTN berusaha mengesan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman selain mengemukakan kaedah pembayaran yang relevan dan segala usaha dibuat berjaya memberi kesedaran mereka yang masih berhutang untuk melunaskan pinjaman," katanya. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 11:05 AM | Show all posts
Dalam pada itu, beliau berkata 662,983 peminjam masih gagal membuat bayaran balik melibatkan RM5.4 bilion sehingga 31 Disember lepas.

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 11:41 AM | Show all posts
otomatic_prince replied at 28-3-2016 11:05 AM
Dalam pada itu, beliau berkata 662,983 peminjam masih gagal membuat bayaran balik melibatkan RM5.4 b ...

662,983  tu klebet bnde dok byo?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 08:00 PM | Show all posts
tutup je la ptptipu nih


kenapa pegawai derg yg pergi ke kampus sombong giler.............derang macam ahlong lak,bengis gila cam 8 bulan dah x bayar
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:03 PM | Show all posts
tapi kagum juga sebab dia mampu lagi bagi pinjaman walaupun ratusan ribu tak bayar2 lagi..
kesian kat adik2 yang nak belajar kalau permohonan pinjaman ditolak2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:08 PM | Show all posts
ptptn masih mampu bagi hutang.. tapi ptptn tak mampu kutip balik hutang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059231 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list