CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5676|Reply: 49

[Tempatan] [Kemaskini] Kongres Rakyat 2016, Tun Mahathir Tak Lepas Peluang Selar Najib

[Copy link]
Post time 27-3-2016 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Kemaskini 7.00 malam

Dr Mahathir berkata, pada awalnya dia berasa gembira apabila Pak Lah mengumumkan Najib sebagai penggantinya.


Namun, malangnya beliau melihat Najib bukanlah seperti bapanya iaitu Tun Abdul Razak. Mahathir juga mendakwa tindakan Najib sebagai perdana menteri adalah tidak patut kerana menggunakan wang untuk mendapatkan populariti.


Ini dengan cara membeli sokongan rakyat melalui pemberian wang yang juga adalah wang rakyat.


Mahathir berkata, dia sanggup memandu sebuah lori untuk membawa Deklarasi Rakyat ke istana dan berjarap raja-raja akan mendengar suara rakyat.


Sepanjang ucapan juga Mahathir dilihat tidak lepas daripada menghentam Najib, Rosmah dan juga penyokong mereka.




Sumber: Malaysiakini








Kemaskini 6.10 petang


5.50 petang: Waktu yang dinanti-nanti peserta #KongresRakyat2016 akhirnya tiba. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tempat untuk berucap.


5.30 petang: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bermukadimah dengan menyatakan "Malaysia sedang berada dalam detik yang mencemaskan". Beliau juga sempat mengatakan bahawa dirinya tidak pernah bermimpi untuk duduk bersebelahan dengan Lim Kit Siang.







5.15 petang : Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disambut laungan 'Reformasi' sebelum memulakan ucapannya.








Sumber: Astro Awani





Kemaskini 5.30 petang.




4.30 petang: Mukhriz berkata, beliau berdiri di atas pentas masih memakai seragam berwarna merah Umno.


Mukhriz menjelaskan bahawa darah dagingnya adalah Umno dan tidak begitu mudah baginya untuk berubah.


Beliau juga mengulangi pendiriannya bahawa pergerakan 'Selamatkan Malaysia' adalah untuk menggantikan Najib dengan satu lagi Perdana Menteri Umno.






Sumber: Malaysiakini




Kemaskini 5.00 petang.

4.20 petang : Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau hanya akan menumpukan perhatiannya kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor.


Katanya beliau tidak akan mengganggu kedua-duanya sekiranya mereka 'tidak mengambil wang rakyat'.


Rafizi mengulangi janjinya untuk mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dikaitkan dengan Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di perhimpunan Pakatan Harapan di Ampang Jaya esok.






4.10 petang : Presiden Hakam Ambiga Sreenevasan berkata "Cukuplah cukup!" terhadap pentadbiran Najib.


Pada masa yang sama, beliau juga menggesa perbincangan mengenai mantan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dilakukan.


4.00 petang : Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menegaskan agenda Selamatkan Malaysia bukanlah untuk menghancurkan orang Melayu.










3.50 petang : Bekas Setiausaha Agung MIC, S Murugesan mempersoal berapa lagi rakan-rakannya dalam BN untuk berdiam diri.


Dia menegaskan, kesetiaan kepada pemimpin hanya jika selagi pemimpin itu setia kepada prinsip ketika negara ini diasaskan.




Sumber: Malaysiakini




Kemaskini 4.20 petang.


Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa memulakan ucapannya dengan laungan "Najib harus letak jawatan" sebanyak tiga kali. Dia juga berkata semua rakyat harus mempunyai hak yang sama untuk menolak sesebuah kerajaan yang korup.






Kemaskini 3.45 petang.


3.35 petang : Presiden Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kita tidak boleh hanya menukar pemimpin, namun seharusnya keseluruhan sistem.








3.00 petang : Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid memberi tumpuan kepada isu pekerja. Katanya lagi yang merupakan Pemangku MTUC Malaysia, dia menerima beribu-ribu aduan daripada pekerja yang dipecar secara tidak adil daripada majikan mereka.





Kemaskini 3.00 petang.


Setiap pemimpin hanya diberi masa 11 minit sahaja untuk menyampaikan ucapan. Syed Saddique memainkan peranan sebagai moderator. Dia berkata, dahulunya merupakan peminat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun selepas isu 1MDB dia bertukar fikiran.


Kemaskini 2.20 petang.


Perhimpunan bermula dengan rasminya. Tun Dr Mahathir berada di tengah pentas bersama Muhyiddin, Zaid dan pemimpin lain. Dr Mahathir bakal menyampaikan ucapan akhir.














Kemaskini 2 petang.


Peserta bersemangat menjual produk cenderamata dengan gambar bekas perdana menteri, Dr. Mahathir.






1.45 petang : Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tiba. Beliau disambut dengan laungan "Selamatkan Malaysia!" dan "Bebas Anwar!".


1.30 petang : Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba dengan laungan "Reformasi" "Lawan Tetap Lawan!" dan "Takbir".


1.15 petang: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tiba dan dikerumi media, disambut dengan laungan "Hidup Tun".


1:10 petang : Dewan pada masa ini hanya dipenuhi sekitar 100 orang dan kebanyakan dari kalangan media.





Sumber: Malaysiakini




Kemaskini jam 1 petang.


Berikut merupakan senarai pembahas atau panel yang memberikan ucapan dalam Kongres Rakyat ini.












Kemaskini  12.30 tengah hari


Kongres Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam yang berlangsung hari ini menyaksikan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.


Ia merupakan cetusan idea oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.


Dalam satu senarai yang dimiliki, Dr Mahathir bakal menyampaikan ucapan dan merupakan giliran terakhir dalam majlis itu nanti.


Perhimpunan itu bermula jam 2 petang dan dijangka berakhir jam 6 petang.


Nantikan kemaskini selanjutnya. - CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2016 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidupp tun m
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
inikah perhimpunan 27 mac?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols #teamtunm
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
'Jepun pandang ke barat untuk kemajuan,apa nak jadi dgn Malaysia kita'-SYJ/Sofea.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 03:45 PM | Show all posts
Layan je lah..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2016 03:52 PM | Show all posts
aik PAS ada
x g candat sotong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 04:02 PM | Show all posts
deklarasi rakyat

kongres rakyat

pakatan rakyat


kerajaan rakyat , oleh rakyat , untuk rakyat

parti rakyat malaysia

TATA RAKYAT  .. ni je aku beljo kecik kecik sekolah rendah...depa kata sivik..bukan fizikkkk..ssssiiiivikk...tata rakyat

lai satu bus TATA  wakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2016 04:24 PM | Show all posts
pendebat terbaik asia pun ado..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak2 nama, mata wana tercari-cari nama LGE tak adanya rupanya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 05:15 PM | Show all posts
berapa jumlah kedatangan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 05:22 PM | Show all posts
Najib ada  Amerika
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
2×5×2×5×2×5×2×5×2×5×2×5×2×5..............:zz:zz:zz
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
'Apa erti teman kini jadi lawan,racun kau lemparkan....xpdc.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:22 PM | Show all posts
zaman dia apa bantuan dia kasi rakyat utk kurangkan os sara hidup?
zaman najib, dia bg direct duit utk kurangkan kos sara hidup (brim) dah bantuan secara tak alngsung nampak mcm tak jalan ja
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 27-3-2016 08:22 PM
zaman dia apa bantuan dia kasi rakyat utk kurangkan os sara hidup?
zaman najib, dia bg direct duit  ...

Bagi brim 500 pastu amek balik berkali ganda dgan pelbagai cukai, kenaikan harga barang, urus tadbir negara yg huru hara, 1mdubo dan lain2. Apa guna brim cmtuh? Gula2 utk pemakan dedak cam kau je lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2016 08:35 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 27-3-2016 08:31 PM
Bagi brim 500 pastu amek balik berkali ganda dgan pelbagai cukai, kenaikan harga barang, urus tadb ...

zaman dr m:
amek balik berkali ganda dgan pelbagai cukai, kenaikan harga barang, urus tadbir negara yg huru hara, perwaja, pkfz etc .


zaman najib
Bagi brim 500 pastu amek balik berkali ganda dgan pelbagai cukai, kenaikan harga barang, urus tadbir negara yg huru hara, 1mdubo dan lain2.


aku pilih najib...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga matlamat tercapai untuk menyelamatkan malaysia.amiiin
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
3.35 petang : Presiden Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kita tidak boleh hanya menukar pemimpin, namun seharusnya keseluruhan sistem.

Tahu pon.tukar najib, bn berkuasa lagi..xde bez apa2..

Najib turun, sapa ganti? Zahid? 2x5..
Tukar bn terus je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tau 1 je, bape ramai rakyat yg dah sign petition ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.229465 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list