Bosan dengan hubungan cinta yang sering terputus di tengah jalan? Penat nak melayan kerenah lelaki yang suka mengongkong atau kuat cemburu?
Lupakan teman lelaki, Ayuh ladies, tahu tak sebenarnya ada perkara yang jauh lebih menggiurkan daripada teman lelaki.
Memetik laman Metro UK, bila membicarakan tentang pizza, ia jauh lebih menghairahkan dan teruja. Jom lihat, mengapa pizza lebih 'best' daripada memiliki teman lelaki! (Khusus untuk anda yang single)
1. Enak
Tiada teman lelaki yang boleh memuaskan anda seperti mana anda puas bila makan dan merasai kelazatan pizza. Limpahan keju, pelbagai jenis topping dan sos, wow! Tak menyesal.
2. Tak pernah bosan
Personaliti atau karakter lelaki kadangkala bukan sahaja membosankan malah sangat mengjengkelkan. Anda boleh mencuba banyak jenis pizza, bentuk dan rasa. tak pernah bosan.
3. Pasti gembira
Ketika berasa marah, lapar atau kecewa, menikmati pizza yang lazat dapat mengisi perut anda seterusnya, Yeay! Rasa gembira semula. Setuju?
4. Tiada yang menghakimi
Bosan dengan dunia penuh 'hakim' di sana sini, juga di alam percintaan. Menikmati pizza, menyayangi pizza, ia takkan sesekali 'judge' anda. Enjoy dengan hari-hari anda tanpa perlu fikirkan pandangan teman lelaki, memang lega!
5. Di mana-mana
Tak sukar pun nak cari pizza. Ada Domino's, Pizza Hut dan pelbagai restoran makanan Barat yang menyediakan menu pizza.
Jadi, perlu ke teman lelaki yang moody atau suka marah-marah, susah dihubungi dan cepat merajuk? - CARI Infonet