View: 4059|Reply: 8
|
Affleck Tertekan Dengan Watak Batman Yang Dibawanya?
[Copy link]
|
|
Dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice yang sedang hangat ditayangkan, Ben Affleck muncul dengan berharap peminat tidak mencurigai watak yang dibawanya.
Kata Affleck untuk membawa watak adi wira itu dia agak tertekan juga kerana tahu apa yang diharapkan peminat Batman.
"Anda semua perlu tahu betapa saya bersungguh-sungguh mahu melakonkan watak ini sebaik mungkin," katanya.
Secara jujur, Affleck memberitahu, bahagian paling sukar dijayakan dalam filem itu ialah aspek fizikal kerana ia memberi kesan kepada persepsi penonton kepada watak yang dibawa.
Untuk memuaskan hati peminat, Affleck meluangkan banyak masa di gimnasium bagi membentuk tubuh badan kekar.
Tambahan pula, kata Affleck, sebagai watak utama tumpuan kamera akan terarah kepadanya.
"Saya berada di gimnasium sejak jam enam pagi - setiap hari. Saya tak pernah melakukan aktiviti sebegitu tetapi demi watak Batman dan Bruce Wayne ia perlu dilaksanakan," katanya.
Pemilihan Affleck membawa watak Wayne dan Batman diumumkan Warner Bros tiga tahun lalu namun sesetengah peminat filem kurang teruja.
Rakan pelakon terkejut
Malah, sesetengah daripada mereka membuat petisyen kepada penerbit filem supaya watak itu diberikan kepada pelakon lain.
Namun akhirnya Affleck yang pernah memenangi Oscar sebanyak dua kali tetap terpilih dan dia sangat bangga menjadi sebahagian daripada legasi Batman.
"Saya bangga kerana menjadi seorang daripada watak Batman bersama Christian Bale dan Christopher Nolan. Juga Michael Keaton, Val Kilmer, George Clooney dan Tim Burton.
"Saya cuma mahu memberi yang terbaik. Kali ini saya rasa saya melakukan sesuatu yang berbeza namun tetap kuat dengan sifat Batman," katanya.
Batman v Superman: Dawn of Justice arahan Zack Snyder akan mula ditayangkan di Malaysia mulai Khamis ini.
Watak Superman dan Clark Kent pula dibawa Henry Cavill. Turut berlakon Amy Adams dan Jesse Eisenberg pula menjadi watak antagonis Lex Luthor.
Sementara itu Amy yang berlakon sebagai Lois Lane memuji lakonan Eisenberg dan Affleck.
"Saya rasa penonton perlu memilih siapa lebih hebat. Saya sudah menyaksikannya dan amat terkejut.
"Eisenberg dan Affleck membawa suatu lakonan yang tidak pernah kita saksikan pada watak Batman dan Luthor sebelum ini," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih suka Christian Bale jadi batman.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yess Christian Bale... memang dia Batman... |
|
|
|
|
|
|
|
Best ke x ? Review byk kata disappointing je...baru nk tgk esok |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak masuk dlm thread yg dah ada???
tak perlu kot buka tajuk baru umah baru........
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adelea at 28-3-2016 12:05 AM
Honestly aku suka ben jadi batman kali ni ..sorrry lakonan superman as usual ke laut..
Batman yg byk hidup kan citer ni ..
And pemilihan ben as a batman mmg memberi nafas baru... Onestly i mmg tgk citer ni sbb affleck.. Garapan citer agak longgar pada part awal sblm nak temukan batman and superman. Middle citer x kemas tapi ending dia mmg superb... i bagi 3 bintang for film 10 bintang for affleck and wonder woman .. superman??as usual mengecewakan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jaja4 at 28-3-2016 01:31 PM
hm da tngok smlm. xtau la kalo org lain, tp pada aku x best. cite die boring.. rase mcm x sesuai sngt batman vs superman. Cita ni da mcm batman lebih pada watak pembantu, sbb superman lagi menyerlah (yela, ade kuasa kn).. klo ngn thor tu sesuai la..
kecewa btol aku.. da la minat batman.. dlmmovie ni mcm something yg kurang.. masa Chirstian bale dulu, nmpk mcm batman sngt power.. tp ok la gk Ben Affleck jadi batman. Cuma patut banyakkan lagi scene dia ngan peralatan canggih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aleesyasofia at 28-3-2016 01:35 PM
baru tengok semalam..
biase2 jer.. slow sgt ceritanya dr awal smpailah sblm prtembungan antara batman dan superman..wonder woman pon ok.. watak jahat, lex pon ok jgk lakonannya..
yg best cuma bahagian akhir jer..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|