CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2014|Reply: 0

Keindahan Sungai Qingtian Pada Musim Luruh

[Copy link]
Post time 24-3-2016 04:30 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO






Kawasan Pemandangan Sungai Qingtian yang terletak di bandar Jiaozuo, provinsi Henan, tengah China merupakan taman geologi dan destinasi pelancongan yang bertaraf 4A bagi kerajaan China. Kawasan yang berpemandangan indah ini seluas 106 kilometer persegi yang terdiri daripada tujuh kawasan pelancongan utama dan 308 destinasi yang mempesona.





Bunga berkembang mekar pada musim bunga di Kawasan Pemandangan Sungai Qingtian. Pada musim panas, tempat ini menjadi pilihan para pelancong kerana udara yang nyaman.
Keajaiban pemandangan kabus pada musim sejuk pula menjadikan kawasan ini umpama syurga bagi peminat fotografi.

Musim luruh adalah antara musim yang paling indah di Sungai Qintian. Pokok-pokok berdaun merah di semua perbukitan dan daratan menghiasi kawasan pelancongan Sungai Qingtian.







Pemandangan daun merah di sini sangat digemari kerana tiga keistimewaannya seperti berikut:


Pertama, kawasannya luas. Kawasan pemandangan daun merah seluas lebih 66 kilometer persegi terdiri daripada 3,868 bukit yang mempunyai lebih 12,600 spesies tumbuh-tumbuhan.










Kedua, panoramanya berwarna-warni. Biasanya pemandangan daun merah kebanyakan daunnya berwarna merah.


Namun, warna daun di Sungai Qingtian berwarna-warni. Ada warna biru, hijau, kuning, jingga dan merah. Pemandangan ini jarang-jarang dinikmati di tempat lain.









Ketiga, kebanyakan tumbuh-tumbuhan di sini merupakan spesies yang bernilai. Terdapat tumbuh-tumbuhan yang berharga dan jarang-jarang ditemukan, antaranya termasuklah Cotinus coggygria yang dikenali sebagai “fosil hidup” pada Zaman Air Batu.- CARI Infonet







sumber foto: www.news.cn & http://en.wtcf.travel/
sumber info : http://en.wtcf.travel/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073668 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list