View: 2362|Reply: 1
|
Kenali Strok/Angin Ahmar Dengan FAST
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Tonton video dibawah:
Selepas menyaksikan video ini, hati terus berasa simpati dengan nasib anggota polis India ini yang disalah anggap.
Ramai netizen yang pada mulanya tersalah anggap dengan mengatakan anggota polis ini mabuk malah dia juga dikenakan tindakan tatatertib.
Baru ini cerita sebenar timbul yang sebenarnya polis ini mengalami stok dan juga strok di bahagian otaknya.
Dia kini lumpuh seluruh anggota sebelah kiri. Umum tahu, strok/angin ahmar mampu menyerang bila-bila masa tak mengira anda sedang lakukan apa sekalipun.
Mari mengenalpasti stok/angin ahmar dengan cara berikut:
Face (wajah)
Wajang orang yang mengalami stok adalah tidak sekata atau simetris. Cuba suruh mereka senyum.
Arms (lengan)
Jika diarah kedua-dua tangan diangkat, pasti tangan yang mengalami strok akan turun sedikit.
Speech (bicara)
Kata-kata juga tidak jelas sebutan. Jika disuruh ulang mereka juga tidak dapat ulang perkataan tersebut dengan sempurna.
Time (waktu)
Makin awal anda dapat mengesan stok, makin besar peluang anda sembuh daripada penyakit tersebut.
-CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
sentiasa pastikan paras kolesterol jahat anda tak tinggi dan kolestrol baik tak rendah...
rajin2 la check kolesterol, buah pinggang, sebulan sekali dan tekanan darah, gula seminggu sekali |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|