CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2972|Reply: 6

Sambal Kerang Bakar, Terangat Wehh!

[Copy link]
Post time 24-3-2016 12:39 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za




(Sumber foto: vkeong.com)




Buat anda yang gemarkan kerang bakar bersambal, makan panas-panas dengan nasi memang sedap sangat.




Sebenarnya cara menyediakan tak perlu membakar sangat.




Lihat resipi mudah yang disediakan ini. Anda pasti rasa nak cuba!




Bahan-bahan:


*Kerang fresh 1kg
*Bawang Merah 8 ulas
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 3cm
*Serai 3 batang
*Asam jawa
*Cili kering kisar
*Sos tiram
*Gula,garam, serbuk perasa
*Minyak
#Bawang merah, putih dan halia (dikisar)




Cara-cara:


Basuh kerang dengan air asam jawa. Bilas. Rendam dulu 15 minit. Lagi lama lagi bagus sebab nak bagi hanyir hilang.Toskan.


Panaskan minyak dan tumis bawang sampai wangi.Kemudian, tumis cili kering sampai masak.


Masukkan sos tiram.


Masukkan air asam jawa sehingga melimpahi kerang yang ada.


Masukkan kerang dan tutup dengan penutup kuali sampai menggelegak.


Buka penutup, kecilkan api dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa sampai sebati.


Sederhanakan api dan gaul-gaul sampai air dah kering. Siap! - CARI Infonet






Sumber resipi: Blog Izninakatsu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 12:47 PM | Show all posts
makan dengan mee kari
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:34 PM | Show all posts
char kuay tiaw kerang pun sedang juga. makan macam tu ja cecah kicap perahan air limau lagi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik antu kerang


kerang rebus sedap woh tak cukup semangkuk tambah lagi semangkuk cicah pula dengan sambal dia manis manis pedas masam gituwwww, mabeles!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 02:14 PM | Show all posts

gatey tgn kupas kerang lama-lama
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha'ah memang pun


@Esmiria
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 11:33 PM | Show all posts
kerang bakar agak pahit sikit
suka lagi kerang rebus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039597 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list