View: 7502|Reply: 25
|
[Kisah Misteri] - Sipul (Juga penulis Kisah Misteri Mar)
[Copy link]
|
|
Edited by bettercallsaul at 6-5-2016 12:14 PM
Assalamuailaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca ataupun yang sudi membuka thread aku ini.
Pada mulanya aku membaca sahaja semua thread didalam forum ini, dan aku tertarik untuk menulis. Jadi aku pun dengan sukarela membuat satu akaun baru dan mengarang sebuah cerita yang diceritakan oleh kawan kepada kawan aku kepada kawan aku dan kepada aku. get it? (kawan kepada kawan -> kawan -> aku). Kisah yang di alami oleh kawan kepada kawan aku. Kisah sebenar. Sangat benar dan terlalu benar. Percayalah.
Kisahnya, Mar (mestilah bukan nama sebenar bukan?) merupakan pelajar UiTM Samarahan batch 2009. Mar merupakan kawan kepada kawan. Lin (sama juga, tak betul punya nama) pula sebilik dengan Mar. Lin merupakan kawan. Lin menceritakan bahawa Mar seolah-olah mempunyai 6ixth Sense (ejaan artis).6th Sense. Ini terbukti dengan beberapa kejadian yang tidak dirasai pelik oleh orang lain kerana .. 6th sense kan. Mar pernah mengelak menaiki tangga yang penghujungnya, bilik mereka. Ini kerana Mar mengatakan ada 'beruk' yang banyak di tangga itu, walhal Lin tidak melihat apa-apa. Lin yang cuak melihat muka cuak Mar pun menemani Mar mengikut tangga yang lebih jauh. Tapi Mar berpusing sangat jauh kerana dia menyatakan bahawa 'beruk-beruk' itu mengikutinya. Akhirnya, mereka pun lepak di surau hingga Mar pasti tiada lagi 'beruk'. Selain dari kisah 'beruk', Mar juga pernah 'sesat' di dalam biliknya. Kalau pelajar UiTM mesti tahu, bilik 4 org pun, bukan lah besar mana. Nak main badminton pun tak lepas inikan lagi sesat. Tapi itulah yang Mar alami. Dia kata dia sesat selama lebih kurang 2 hari di dalam 1 kawasan yang sangat gelap. Ini terbukti apabila Mar tiba-tiba pengsan dan doktor mengesahkan bahawa dia kepenatan, kelaparan dan kekurangan air. TETAPI, pengsan Mar itu dinyatakan oleh Lin adalah secara tiba-tiba selepas lebih kurang 5 minit mereka bersembang dan Mar duduk di meja studynya. Aneh? Ada lagi. Mar suka menyanyi (seperti yang dinyatakan Lin), setiap hari, Mar pasti akan menyanyi sambil study. Kerana terlalu selalu mendengar Mar menyanyi, Lin boleh mengenali suara alunan Mar. Pada suatu hari, Lin yang kuat tidur baru bangun pada tidur dan melihat Mar sedang study dan menyanyi seperti biasa. Namun, sesuatu yang tak kena dirasai Lin. Suara Mar tidak seperti biasa, sedikit berbeza dan pelik, kerana ianya berbeza seperti hari-hari yang lain. Adakah Mar menggunakan autotune sekarang? Jadi Lin pun menegur Mar dengan tujuan bertanya kenapa suara Mar berbeza hari ini. Senyap. Lin pelik dan mula curiga. Lin bangun dari katil dan berjalan ke arah Mar, dengan tiba-tiba pintu dibuka dan Mar masuk ke bilik sambil mengeringkan rambut dengan tuala. Lin tergamam. Pandang semula ke meja study Mar, Mar di meja study sudah tiada. Lin pun kembali 'lelap'.
Menariknya mengenai kisah Mar ini, antonim dengan pepatah melayu, 'Rumahku, Syurgaku', mungkin bagi Mar, rumahnya sesuatu yang berbeza. Kisah misteri hidup Mar ini bermula dari rumahnya dan semasa dia masih lagi kecil. Mar merupakan anak kepada Askar berpangkat dan juga seorang suri rumah. Oleh kerana bapanya berpangkat, mereka disediakan sebuah rumah banglo di dalam kawasan kem tentera. Namun, kerana konflik rumah tangga yang tidak diberitahu Mar, ayah dan ibunya sering berjauhan. Ayahnya jarang pulang ke rumah. Sekali sekala sahaja. Disebabkan ini, ibu Mar perlu berkerja untuk menampung perbelanjaan dia dan juga anak-anak. Ketika ini, Mar masih lagi kecil. Sekitar 3-4 tahun. Dia mempunyai seorang adik yang juga kecil; sekitar 2 tahun. Kisah ini bermula ketika ibunya (yang membuat bisnes katering yang memerlukannya memasak setiap pagi..awal pagi). Ibu Mar selalu memasak sekitar 3-4pagi bagi memenuhi permintaan pelanggan. Terjadi sesuatu hari di mana ketika ibu Mar sedang memasak dan terdengar budak bermain di ruang tamu. Ibu Mar marah dengan membuat bunyi 'haippp' kepada budak itu kerana bersangka bahawa adik Mar sedang bermain. Selepas dimarahi, budak itu senyap. Namun selepas beberapa ketika, budak itu bermain semula. Ibu Mar yang geram pergi ke depan untuk membawa anaknya tidur. Namun ibu Mar berpatah balik ke dapur dan memasak semula. Kenapa? Diceritakan ibu Mar kepada Mar bahawa apa yang dilihat bukanlah anaknya, tetapi 'sesuatu' yang berbeza. Budak, tapi berbeza. Ibu Mar pun teruskan memasak tanpa memperdulikan 'budak' itu lagi. Namun, kerana tidak dilayan, budak itu semakin menghampiri ibu Mar, makin lama makin dekat hingga paling dekat sampai ke kain ibunya. Ibu Mar terkejut dan menjerit. 'Budak' itu berlari sambil ketawa dan kembali menjauh dan kembali bermain seperti biasa. Tahulah ibu Mar bahawa itulah resam budak, tak kira 'apa' sekali pun. Sejak pada hari itu, ibu Mar akan terus 'haiipp' budak itu apabila dia makin menghampiri. Hingga sampai suatu ketika, ibu Mar sudah pun lali dan terus bermain dengan budak itu.
Seterusnya, kisah Mar dan adiknya di dalam bilik. Ketika itu sekitar 1-2 pagi. Mar terjaga dan adiknya juga terjaga kerana ingin ke tandas. Adiknya yang dulu ke tandas masuk semula ke bilik dan Mar masuk kemudian di dalam bilik. Ketika mahu menutup pintu, adik Mar menegah dengan alasan nanti bilik gelap, nanti yang belakang pintu tu gerak. Mar pun perlahan-lahan berpusing dan melihat ke belakang pintu, Mar hanya ingat satu objek seperti menepuk bahunya dan angin berlalu di tepi nya dan dia tersedar pagi itu. Kejadian tersebut dipercayai oleh Mar menjadi punca kepada 6th Sense nya kerana selepas pada kejadian itu, Mar mula melihat banyak perkara-perkara aneh di dalam rumah itu.
Satu kejadian berlaku ketika Mar bersekolah rendah. Ketika Mal sedang study (meja study Mar di kanannya adalah pintu utama bilik dia dan bertentangan dengan pintu biliknya itu ada pintu Stor). Pintu stor itu juga dilindungi dengan grill yang bermangga. Stor itu menyimpan barang2 lama dari rumah itu. Ketika sedang study, Mar terdengar bunyi mangga itu jatuh dan pintu grill terbuka. Mar menyangkakan memang tidak berkunci dari tidak dengan biasa pergi memanggakan semula grill itu dan terus study seperti biasa. Namun, sekali lagi, mangga itu terjatuh. Mar kali ini posotif yang dia sudah pun mengunci mangga itu tadi. Samaada ada orang yang mendajalnya atau sesuatu. Mar kali ini tekad untuk melihat. Dia terus melihat ke arah mangga tersebut dan berharap terlihat adiknya yang mengacaunya. Mar terbersin seketika dan mendapati mangga itu telah pun terjatuh. Agak mustahil untuk sesorang membuka mangga dalam masa yang begitu sedikit itu. Mar mengambil keputusan untuk tidak melayan perkara tersebut. Perkara yang lebih dahsyat berlaku selepas Mar tidak melayan mangga tersebut. Selepas mangga, grill terbuka, selepas grill, pintu pula mula terbuka perlahan-lahan. Mar yang ketakutan terus berlari ke bawah dan mengadu hal ini kepada mak ayahnya.
1 lagi kejadian ketika Mar berada di posisi yang sama (meja study Mar di kanannya adalah pintu utama bilik dia). Ketika sedang study, Mar terlihat melalui anak mata yang seseorang sedang lalu. Tapi positif sahaja sebab sapa-sapa pun boleh lalu bukan. Tapi anehnya, hanya satu hala. Dari kiri ke kanan dan berterusan. Kerana peristiwa mangga, Mar takut untuk melihat ke arah pintu. Tapi Mar memberanikan diri. Dia perlu mengatasi ketakutan itu. Jadi Mar pun melihat ke arah pintu itu. 'Seseorang' baru sahaja melepasi kiri ke kanan. Mar memerhatikan kiri pintu kerana di situ 'seseorang' akan lalu sekali lagi. Mengerikan bila kali ini, 'seseorang' tidak lagi melintas dari kiri, tetapi, berpatah balik dari kanan. Mar melihat rambut yang panjang berjalan kebelakang. Mukanya ditutupi rambut hitam yang panjang. Mar berlari ke katil ketakutan.
Sebuah kisah lagi, yang ni hebat. dahsyat. Mar bertanya kepada ibunya sama ada sesuai tidak untuk mengubah posisi katil kerana bilik Mar, katilnya di tengah-tengah. Jika ubah katil ke tepi, terdapat ruang yang besar untuk melakukan pelbagai aktiviti di tengah. Ibunya bersetuju, dan membantu Mar mengubah posisi katilnya. Segalanya berjalan lancar. Semua gembira sebab ada ruang yang besar untuk solat dan sebagainya. Namun, di malam hari, ketika Mar sedang tidur, dia terjaga, tersentak kerana dadanya terasa sangat berat. Apabila membuka mata, Mar terkejut bukan kepalang, hampir pengsan dan meninggal kata kawan aku. hampir. Ini kerana, Mar melihat di hadapan mukanya, lebih kurang sejengkal (atau 2 jengkal), susuk sedang terapung dan muka susuk tersebut menghadap mukanya. Lebih mengejutkan lagi, susuk tersebuk dengan muka yang sangat bengis dan marah, menyuruh Mar mengembalikan 'tempat tidur'nya. Peristiwa ini sangat menakutkan Mar. Keesokan harinya, Mar menceritakan perkara ini kepada ibunya dan ibunya menasihati supaya mengubah semula katil ke tempat asal. Selepas mengubah katil ke tempat asal, tiada lagi susuk mengganggunya ketika tidur.
Ustaz datang meninjau rumah tersebut untuk mengenal pasti apakah sebenarnya yang berlaku. Tapi ustaz tersebut memberitahu bahawa dia tidak boleh berbuat apa kerana rumah tersebut telah terlalu lama berada di situ. Semua barang-barang yang berada di dalam rumah tersebut merupakan punca. Tapi aku tak pasti kenapa tak boleh buat apa. Aku tak tanya banyak. sebab cerita ni best.haha.
Bukan sahaja penghuni rumah tetapi sesiapa sahaja yang menghuni di sana lebih dari 3 hari pasti akan di 'usik-usik manja'. Pernah seorang kawan Mar datang ke rumah. Ketika solat isyak (Kerap di buat di rumah Mar solat-solat hajat serta tahlil untuk keselematan mereka sekeluarga), kawan Mar tidak boleh solat. Jadi saja membuat headcount untuk menyediakan cawan dan pinggan yang mencukupi. Dikira cukup, yang masuk, 6 lelaki, 5 perempuan. Tidak termasuk ahli keluarga Mar. Semasa solat, kawan Mar mengira sekali lagi sekadar untuk memastikan. Dikira, 9 lelaki, 8 perempuan. Jika dikira logiknya, Ayah, Adik, Mar dan ibunya, 8 lelaki dan 7 perempuan. Namun, lebih kiraannya. Sekadar positif, mungkin ada yang yang masuk lewat. Semasa semua pulang, kawan Mar tergerak hati untuk mengira semua jumlah yang keluar. Jumlah yang dikira adalah jumlah asal iaitu 6 lelaki, 5 perempuan. Aneh. Pernah juga nenek mereka datang melawat rumah tersebut. Di ganggu ketika mandi. Ada yang memegang bahunya.
Kisah Mar ni aku ambil directly dari recording yang aku rakam secara tak sengaja ketika kawan aku menceritakan kisah ini kepada aku. Sedikit aku rephrase. Betul atau tidak itu wallahualam. Mar kini belajar di Finland dan memberitahu bahawa, "Hantu orang putih tak takut macam hantu melayu". lel.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Hantu orang putih tak takut macam hantu melayu". lel.
SEBAB APA ?????????
HANTU ORG PUTIH CANTIK & HENSEM KE |
|
|
|
|
|
|
|
Membongak yo : |
|
|
|
|
|
|
|
aku kurang paham cerita ko. mungkin sb guna ayat skema  |
|
|
|
|
|
|
|
sekel replied at 23-3-2016 02:55 PM
"Hantu orang putih tak takut macam hantu melayu". lel.
Aku baru tahu yang hantu ongputih ni pandai berdandan |
|
|
|
|
|
|
|
mcm yindon nyer cerita jer...  |
|
|
|
|
|
|
|
blm pernah jumpa hantu org putih yg jelmakan diri...sekdar usik2..manja2..kacau2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mac best jer...sambung tau Ttt |
|
|
|
|
|
|
|
Check-in!! |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you ya,gigih aku baca walau ayat skema. Nanti bila2 sambung ek,menarik! |
|
|
|
|
|
|
|
TT, Gaya penceritaan agak berbeza. Plot sangat terperinci. Aku syak kau lah sebenarnya MAR tu. Kann? |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiii la...kena sakat terus takdak sambung dah ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagi crita mar yer tt... |
|
|
|
|
|
|
|
yeke? aku penah dgr ada mamat, dia roommate dgn sorang mamat ni, mak mamat tu omputeh. nampak hantu omputeh dalam bilik punyala gila takot.
ni aku dgr cite orang  |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Sorry lama menyepi. Bukan lari tapi Saya busy dengan kerja.
Kisah Mar mendapat banyak ejekan dan sindiran sebab kata hantu melayu lebih menakutkan dari hantu omputih. Patutnya kena bangga, Malaysia punya hantu lagi power. hahahahahah. Ada yang kata saya tulis macam Indon bila saya tulis guna bahasa Melayu baku. Susah nak faham persepsi orang ni. Saya bukan Mar. Saya lelaki. Harap maklum. Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat dan suruh saya sambung. Tapi maaf. Takde sambungan kisah Mar. Sebab saya pun dah habis belajar dekat setahun. Dah lama tak jumpa Ling. TAPI, saya ada 1 kisah menggerunkan yang berlaku bukan pada saya jugak. Kisah yang berlaku pada sahabat saya Siful semasa dia Form 1. Nantikan kisah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade sambungan lg ke cter ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kelles chuols TT siap bagi teaser gituhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ye..tt dah come back..sila sambung. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sorry delay lama gila. Details di bawah. selepas habis.
Kisah Sipul bermula begini..........
Siful merupakan pelajar cemerlang di SK Tualang sekah, Malim Nawar. Dia mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Dia merupakan segelintir pelajar cemerlang yang berjaya mendapat tempat di sebuah Maktab Rendah Sains Mara di Perak. Kisah-kisah yang diceritakan oleh Siful juga mengandungi kisah-kisah yang berlaku kepada sahabat-sahabatnya juga.
Seawal bulan pertama di MRSM, Siful dikerah melakukan kerja-kerja membasuh baju, mencuci kasut dan sebagainya seperti mana yang selalu disebuatkan kena 'riot'. Tapi Siful kental. Demi berjaya di masa hadapan, dia tabahkan diri menempuh hari demi hari.
Kisah ini bermula bukanlah kerana Siful dan bukan juga kerana pelajar-pelajar lain. Kisah ini bermula terlalu lama dahulu, seawal pembinaan MRSM ini. Di khabarkan, di kawasan ini terdapat perkampungan makhluk halus. Jadi, segala proses pembinaan tidak dapat dilakukan dengan lancar kerana terdapat beberapa gangguan seperti cliche-cliche Melayu yang biasa; jentera rosak, cuaca tak baik secara tiba-tiba, pekerja di rasuk dan sebagainya. Oleh kerana tidak ada progress dalam beberapa ketika, pikah telah mendapatkan bantuan ustaz untuk mengenalpasti samaada benar diganggu atau sekadar kebetulan sahaja. ustaz mendapati bahawa pemaju telah menapak di atas 'kampung' mereka. Jadi, satu perjumpaan antara ustaz dan 'ketua kampung' dilakuakan. Demi ilmu untuk anak-anak muda, 'ketua kampung' bersetuju untuk berpindah dari situ dengan 2 syarat iaitu berikan 'kampung' yang baru dan jangan ganggu kawasan mereka lagi. Jadi, ustaz telah memindahkan 'kampung' mereka ke atas bukit di belakang kawasan MRSM tersebut. Kawasan itu telahpun dipagar juga 'dipagar' demi keselamatan pelajar. Selepas pada perjumpaan itu, segala proses pembinaan berjalan lancar.
Namun, semuanya tidak juga sentiasa aman. Terdapat pelbagai cerita seram di MRSM ini. Pernah suatu ketika, sekumpulan pelajar berjalan ke surau pada waktu subuh di tendang dari belakang dan terguling-guling jatuh. Pernah juga ketika prep, pelajar disepak sehingga jelas bekas tapak tangan di muka.
Kisah Sipul bermula pada suatu pagi. Sipul bangun seperti biasa pada awal pagi selepas alarm pada jam locengnya berbunyi. Dia melihat di bawah pintu terdapat bayang-bayang kaki orang lalu lalang. Sipul pun bangun dan terus ke tandas untuk mandi. Sepanjang perjalanan ke tandas, tiada satu batang hidup manusia pun yang lalu. Tapi Sipul positif. Terus mandi seperti biasa. Di dalam tandas, Sipul mendengar orang mandi. Lega hatinya. Dia pun mandi dengan lega. Selepas masuk ke bilik, dia pelik apabila semua rakan-rakannya masih lagi tidur. Dia memeriksa jam dan terkejut kerana waktu sekarang ialah 2.15 pagi. Walhal, dia setkan alarmnya pada pkul 4.30 pagi. Perasaan takut bercampur gembira melanda. Takut kerana siapa yang lalu lalang tadi? Siapa yang mandi? Gembira kerana ada lagi 2 jam masa untuk tidur. Jadi Sipul pilih tidur. haha.
Selepas pada kisah itu, Sipul kerap bermimpi buruk. Sehinggalah pada suatu hari. Sipul yang prep pada waktu malam pulang seorang diri kerana tertinggal sesuatu (buku atau apa). Jika ada bekas pelajar asrama di sini, pasti tahu keadaan asrama semasa waktu prep. Kosong dan sunyi. Sipul terus naik ke tingkat atas dan terus ke bilik mengambil barangnya yang tertinggal. Semasa berjalan ke kelas, Sipul terserempak dengan seorang Mak Cik yang berjalan ke arah yang bertentangan dengannya. Tiba-tiba, mak cik itu berlari dengan pantas dan melanggar Sipul. Sipul sedar di atas katil dengan beberapa orang senior, warden dan juga ustaz berada di kelilingnya. Sipul pelik kerana semua orang kelihatan begitu cemas dan bilik begitu selerak. Dia bertanya kenapa, namun, semua menyuruhnya tidur dahulu.esok cita kata mereka.
Keesokan paginya, Sipul diberi cuti rehat kerana hal tersebut. Sipul bertanya kepada warden tentang apa yang terjadi semalam. Warden menceritakan perkara yang terjadi kepada Sipul semalam. Warden yang berjalan pulang ke biliknya melihat Sipul terbaring di atas jalan sambil terketar-ketar dan matanya terbeliak dan mulut berair. Warden memapah Sipul ke biliknya. Di atas katil tersebut, Sipul terduduk sambil menggigit-gigit jarinya dan main rambut. Kadang-kadang menangis dan kadang-kadang ketawa. Warden memanggil ustaz untuk memeriksa Sipul. Disyaki dirasuk. Ustaz datang untuk memeriksa Sipul memberitahu bahawa sah, terdapat makhluk 'asing' di dalam badan Sipul. Semasa Sipul sedang dirawat, dia tiba-tiba agressif. Mula menendang sini sana. Katil besi itu di terbalikkan. Almari dijatuhkan. Jadi ustaz menyuruh warden memanggil beberapa orang senior untuk memegang Sipul. Semasa proses rawatan dilangsungkan, sempat 'Sipul' berkata bahawa anak ini takkan selamat. Selepas makhluk itu dikeluarkan, Sipul tersedar.
Malam itu, Sipul tidak dapat lena seperti hari-hari lain. Panas semacam katanya. Dia masih ingat lagi, tepat jam 1.30 pagi. Dia bangun ke tandas untuk buang air. Semasa keluar dari pintu dan menghala ke arah tandas, langkah Sipul terhenti. Dia terpaku, tergamam. Di penghujung koridor, di pintu masuk ke tandas, kelihatan seorang wanita berambut panjang ke lutut, berbaju putih dan sangat tinggi. Setinggi pintu koridor, berdiri menghadap Sipul. Sipul ingat, dia berdiri lebih kurang 5 minit sebelum masuk semula ke dalam bilik dan terketar-ketar menangis. Sipul terus selimut dan tidur. Keesokannya, dia demam panas. Dia tidak bercakap dengan sesiapa pun selain dari menyuruh warden memanggil bapanya ke sana. Selepas menceritakan perkara yang terjadi kepada bapanya, bapa Sipul mengambil keputusan untuk menukarkan Sipul ke sekolah biasa yang berdekatan dengan rumahnya.
Selepas Sipul berhenti dari situ, terdapat beberapa kisah hebat lagi yang berlaku. Kisah Sipul masih lagi diturunkan disitu dan kini menjadi urban legend.
hahaha.
**
Hi guys. Delay ni banyak sebab. Antaranya kerana kerja shift. Bila shift siang, kerja banyak, susah nak enjoy, so masa ni lah aku type cerita. Bila shift malam, enjoy, partyy. So tak teringat nak tulis. Jangan marah2.
Kisah Travel Mencari Hantu akan menyusul nanti.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|