CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2584|Reply: 9

[Tempatan] Jom, Saksikan Esok Malam! Gerhana Bulan Penumbra Muncul

[Copy link]
Post time 22-3-2016 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy


Esok malam, 23 Mac (Rabu), rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku.


Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya dapat mula disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.





"Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan "Apogi" 77.5 peratus.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.

Menurutnya ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri.


"Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum," katanya. - CARI Infonet



Gambar fail gerhana bulan Penumbra yang dirakamkan pada tahun 2010 - mStar




Fotografer Ferriols Rg menciptakan mosaik gerhana bulan penumbra dari 28 November 2012, dari Filipina





Kredit : Astro Awani

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesapa boleh terangkan tak gerhana bulan penumbra ni mcm mana?
Bulan nampak kelabu or x nmpak langsung?
Klu gerhana bulan penuh or separa penuh, bulan gelap or separuh gelap..

Penumbra plk mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:06 PM | Show all posts
HibinoSama replied at 22-3-2016 11:50 AM
Sesapa boleh terangkan tak gerhana bulan penumbra ni mcm mana?
Bulan nampak kelabu or x nmpak langs ...

google la..tak kan takde
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
missfake replied at 22-3-2016 12:06 PM
google la..tak kan takde

Google dh tp still x paham..
Klu tgk pic google, bulan tu mcm kelabu2 giti..x gelap..
Pastu ada area penumbra n umbra..
Klu ikut google, umbra tu tempat gelap n penumbra mcm area luar yg gelap tp cerah sikit..

Tu yg tanya kat sini klu2 ada yg boleh terangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:37 PM | Show all posts
betul dh tu..

gerhana kali ni kalau orang tak tahu, tak perasan pun... sbb penumbra (byg cerah)..


kalau yg gelap tu umbra (byg gelap)
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:39 PM | Show all posts
ibarat t-shirt putih biasa dengan t-shirt putih yg kita dah letak nila..

Kalau tak letak sebelah-menyebelah tak perasan pun..

gitu la lebih kurang analoginya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la tgh mlm smlm akak dok luar perati bulan mcm ada bayang2 sikit... ingat mata akak sth wrong..

Pastu pelik tgk bulan penuh mcm kecik sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
north_star replied at 22-3-2016 12:39 PM
ibarat t-shirt putih biasa dengan t-shirt putih yg kita dah letak nila..

Kalau tak letak sebelah- ...

So bln pada gerhana mlm esok masih kuning or kelabu mcm dlm pic tu?

Akan ada perubahan warna sikit sikit mcm gerhana biasa or x nmpk beza?

Excited plk aku nk tgk gerhana penumbra ni mlm esok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 01:16 PM | Show all posts
kelabu2 sikit dik... yg kaler merah kuning tu biasa total je
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 01:17 PM | Show all posts
nanti nk sembah bulan di sekolah lagi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.198719 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list