CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3506|Reply: 16

[Jenayah] {9} Bawa mayat bayi dalam beg galas: Ditahan semasa roadblock!

[Copy link]
Post time 21-3-2016 10:23 AM | Show all posts |Read mode
20 Mac 2016

Lelaki yang ditahan sedang disoalsiasat




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2016 10:25 AM | Show all posts
Bangkok – Polis menahan seorang lelaki selepas menemui mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam beg galas yang dibawanya.

Lelaki berusia 35 tahun terbabit ditahan polis, kelmarin selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang motosikal di daerah Lat Krabang.

Jurucakap polis, Thanongsak Loyha berkata, ketika pemeriksaan dilakukan polis menemui mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan itu di dalam beg galas yang dibawa lelaki berkenaan.

Katanya, lelaki itu mendakwa bayi berkenaan adalah anaknya yang mati ketika dilahirkan.

“Lelaki ini mendakwa isterinya baru hamil tujuh bulan dan tidak pernah menjalani pemeriksaan kehamilan kerana tidak mampu.

“Apabila dia terjaga daripada tidur pada petang Khamis lalu, dia mendapati isterinya sudah melahirkan anak mereka, tetapi malangnya bayi itu meninggal dunia,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit yang terkejut seterusnya mengambil keputusan meletakkan mayat bayinya itu di dalam beg galas untuk dikebumikan.

“Lelaki ini memberitahu, dia mencari lokasi untuk mengebumikan mayat anaknya itu sebelum ditahan polis.

“Mayat bayi ini kami bawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.

“Sekiranya terdapat unsur jenayah, kami akan mendakwa lelaki ini,” jelasnya. -KLP agensi



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 10:27 AM | Show all posts
wabak buang bayi dah menular ke bangkok nampaknye
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
igtkn jd kt malaysia
sbb dh biasa sgt kes buang baby
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkok ? Biasa lah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau luar negara macam berita luar biasa pulak kes2 gini.
Kalau lokal macam dah lali dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2016 09:35 PM | Show all posts
mencari tempat pengkebumian
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul cerita heshe..kesiannya tak mampu buat monthly checkup huhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 09:57 PM | Show all posts
kalau mmg niat dia nak kebumikan, bagoslah.. jangan nak buat bahan2 sihir sudahlah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 10:40 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 21-3-2016 10:27 AM
wabak buang bayi dah menular ke bangkok nampaknye

mcm akak kbo..


Akak  x kesah dik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2016 01:37 AM | Show all posts
backpacker mmg la kena tahan...
jd target polis...
takut bawak bom...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 10:05 AM | Show all posts
hmm..sedih plk mayat bayi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 10:38 AM | Show all posts
kesian kt mangsa tu

perangai rakyat dah mcm apa tak reti aku nk cakap

#babykillers
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 05:51 PM | Show all posts
kesiannyer...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 03:53 PM | Show all posts
kesiannya kalu btul dia x mampu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 03:55 PM | Show all posts
kesiannya buat mayat baby mcam tuhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebat bulu kaki heols...tu jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.071790 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list