Sebelum ini, ada pihak yang membuat pendedahan bahawa selebriti Wak Doyok memperdaya orang ramai dengan menggayakan jam tangan palsu. Ekoran perkara tersebut, pelbagai spekulasi dan kritikan dilemparkan kepada beliau. Terbaru, Wak Doyok menerusi portal BH ONLINE menafikan gosip berkenaan dan memberitahu jam tangan mewah jenis Panerai serta Omega yang dipakai olehnya ialah asli. Sebagai orang fesyen, saya suka menggayakan apa saja jenis jam yang sesuai dengan imej saya tampilkan pada waktu itu. Saya ingin menegaskan di sini, jam tangan yang saya pakai itu adalah asli. Kenapa perlu membanding-bandingkan sama ada ia asli atau tidak?
Ada beberapa pengikut di Instagram Wak Doyok juga mempersoalkan tindakan Wak Doyok yang memadam foto jam tangan tersebut. Jelas Wak Doyok juga menjelaskan, sebagai selebriti fesyen, beliau sering menerima beberapa utas jam tangan untuk dipromosikan (IG Review) di akaun Instagram miliknya. Ia sudah menjadi perkara biasa sekiranya beliau memadam foto-foto berkenaan selepas tamat tempoh kontrak.
Tiada apa yang pelik jika melihat saya memadamkan beberapa gambar yang dimuat naik di Instagram. Ini kerana gambar itu adalah promosi IG Review. Jadi, jika ada yang menganggap saya memadam gambar yang kononnya saya menggayakan jam tangan mewah palsu, mereka silap.
Kami pun tidak mahu berikan banyak komen mengenai perkara ini. Terpulanglah hendak pakai jam tangan mewah palsu ataupun asli. Sumber Berita : BH ONLINE
|