View: 1419|Reply: 3
|
Kerajaan Harus Percepat Pindaan Akta Kanak-Kanak - MCPF
[Copy link]
|
|
sumber foto : http://assets.bharian.com.my/
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 untuk bacaan kali kedua dan ketiga semasa sesi persidangan Parlimen sekarang.
Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 perlu disegerakan memandangkan peningkatan jumlah kes penderaan kanak-kanak di negara ini.
"Ibu bapa, penjaga, dan mana-mana orang dewasa harus diberi kesedaran bahawa pindaan undang-undang itu akan mengenakan tindakan lebih tegas ke atas mereka yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak.
Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada Disember tahun lepas.
Lee mencadangkan undang-undang harus dapat menangani secukupnya isu-isu berkaitan pornografi kanak-kanak memandangkan eksploitasi kanak-kanak seperti pelacuran kanak-kanak dan pornografi meliputi membuat, memiliki dan menyebarkan bahan-bahan lucah kanak-kanak juga ditafsirkan sebagai penderaan kanak-kanak.- CARI Infonet
Berita selanjutnya: mstar.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
mak bpk skrg hidup tertekan, tu yg lepas geram kat anak yg asyik memekak kat umah |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan cuma cepat tang nk kutip cukai |
|
|
|
|
|
|
| |
|