CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2502|Reply: 3

[Tempatan] Mayat bayi dibaham biawak

 Close [Copy link]
Post time 20-3-2016 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Semporna gempar penemuan mayat bayi sedang dibaham biawak
Ridzal Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mac 20, 2016 07:35 MYT

Penduduk Semporna gempar penemuan mayat bayi sedang dibaham biawak
Gambar dan video kejadian itu telah dirakamkan dan kini tersebar di media sosial. - Gambar hiasan
SEMPORNA: Penduduk di perkampungan air Semporna gempar dengan penemuan mayat seorang bayi yang sedang dibaham dua ekor biawak pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Peter Ambuas dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai perkara itu, kira-kira jam 5.30 petang daripada penduduk di perkampungan berkenaan.

Menurutnya, pengadu mendakwa ternampak kelibat dua ekor biawak sedang membaham sesuatu di bawah rumah mereka yang terletak di atas air ketika sedang memandikan anaknya, kira-kira jam tiga petang.

Selepas diamati, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua biawak itu sedang berebut memakan mayat bayi yang tidak sempurna.

Gambar dan video insiden yang menyayat hati dan pada yang sama mengerikan itu kini sudah viral di media sosial.

Dalam video itu, dua ekor biawak berkenaan merebut cebisan mayat bayi itu, sambil kedengaran suara beberapa orang sedang bertempik berikutan emosi yang bercampur geli, marah dan sedih.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Mayat bayi dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2016 09:28 AM | Show all posts
Hapuskan biawak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 09:42 AM | Show all posts
mana videonya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 09:43 AM | Show all posts
thread suadh ada

@spiderman80


bgn awal la tt kalau nk buka thread..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.236367 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list