CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1500|Reply: 4

Billboard Bebas Anwar Lebih Banyak Daripada Billboard Denggi

[Copy link]
Post time 18-3-2016 12:25 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Pemasangan billboard atau papan iklan besar Bebaskan Anwar yang begitu banyak di sekitar Selangor menunjukkan kerajaan negeri itu lebih mementingkan politik berbanding kepentingan rakyatnya sendiri.

Isu itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang turut menempelak kerajaan Selangor kerana ia dikatakan lebih banyak daripada papan tanda peringatan tentang bahaya wabak demam denggi.


Padahal pada masa ini ia merupakan penyakit yang paling tinggi mencatatkan rekod kematian di seluruh Selangor sehinggakan negeri tersebut muncul sebagai ‘juara’ dalam kes penularan wabak dibawa oleh nyamuk aedes itu.


Kenyataan tersebut ujar Noh adalah berdasarkan kepada angka rasmi 77 kematian pada 2014 dan kemudian meningkat kepada 177 pada 2015 lalu dan 17 kematian yang turut dicatatkan untuk tahun ini sehingga Mac.


“Selangor ini masalah denggi adalah cukup penting, tetapi kerajaan negeri lebih pentingkan politik daripada kepentingan rakyat, tempat papan tanda ‘Bebaskan Anwar’ sana sini, kenapa dan apa kaitan Anwar di Selangor?

“Saya persoalkan kerana saya anak jati Kuala Selangor. Kerajaan Pusat juga telah peruntukkan sebanyak RM12 juta secara terus kepada kerajaan negeri bagi usaha memerangi denggi, tapi berapa yang kerajaan negeri bagi?

“Hanya RM2 juta sahaja, mana serius kerajaan negeri dalam isu rakyat? Apa lagi yang kata kita tidak berlaku adil kepada kerajaan negeri?” soalnya ketika membahas usul titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, Khamis.




Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata demikian bagi menyelar ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang menuduh kerajaan pusat tidak berlaku adil terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

Mengukuhkan lagi kenyataan tersebut, Noh berkata kerajaan persekutuan turut meluluskan 289 projek yang jumlahnya hampir RM19 bilion sekali gus menolak hujah Azmin konon tidak berlaku adil terhadap negeri itu.


“Apa yang tak adil, guru KAFA malah imam di Selangor, kita naik elaun daripada RM450 kepada RM750, kerajaan negeri cuma bagi RM190 sebulan, guru Tamil kita beri RM800, kerajaan negeri beri berapa? Tak ada,” tambahnya.


Kenyataan Noh itu mencetuskan pertikaman lidah di Dewan Rakyat apabila ahli-ahli parlimen pembangkang di Selangor cuba menghalang Noh daripada mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan kerajaan PKR Selangor.


Antara yang mengganggu perbahasan pada sesi menjunjung kasih titah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah itu ialah masing-masing Ahli Parlimen PAN Shah Alam dan Sepang iaitu Abdul Khalid Samad dan Hanipa Maidin.


Pertikaman lidah berterusan apabila Abdul Khalid berulang kali bangun mencelah tanpa kebenaran sehingga membangkitkan kemarahan Noh yang lantas menggelarkan pemimpin PAN itu sebagai ‘burung kakak tua’.


“Saya tak bagi kebenaran YB bangun, Shah Alam lompat kenapa? Saya tanya bila nak selesai masalah penduduk Taman Permata, Dengkil, nanti saya baling buku (Peraturan Mesyuarat) ni dekat muka YB tahu lah,” berangnya.


Tindakan Noh itu kerana ahli parlimen pembangkang tidak menghormati peraturan mesyuarat Dewan yang menegaskan ahli parlimen jika hendak mencelah mesti mendapat kebenaran YB yang sedang berhujah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 01:01 PM | Show all posts
Cer kira berapa banyak pulak bilboard muka jibon dalam mesia ni.. kira baik gak la rakyat mesia tak pegi simbah cat merah kat bilboard dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 03:18 PM | Show all posts
Kebanyakan rakyat Malaysia ni mana layan sangan billboard ni tak kira le pasal politik, amaran denggi atau apa2 je sebab masing2 lebih sebuk layan smart phone
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 04:03 PM | Show all posts
brown_pupil replied at 18-3-2016 01:01 PM
Cer kira berapa banyak pulak bilboard muka jibon dalam mesia ni.. kira baik gak la rakyat mesia tak  ...

Ayat...mmng..haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 04:11 PM | Show all posts

kenyataan apa.. betapa baiknya rakyat mesia ni meskipun dah di tipu secara terang2.. kalau kat oversea, apa ntah nasib org tu ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.663991 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list