CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2826|Reply: 2

Huawei Mate 8 dilancarkan di Malaysia bersama barisan produk Huawei yang lain

[Copy link]
Post time 16-3-2016 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Huawei menawarkan satu pilihan baharu kepada pengguna apabila mendefinisikan kembali kehidupan premium serta aspek pengurusan perniagaan melalui pelancaran telefon pintar Huawei Mate 8.


Dilancarkan bersama satu rangkaian produk baharu -  MediaPad M2 10.0, Huawei Watch Jewel dan Elegant, serta pengenalan Nexus 6P Gold Edition.






Huawei Mate 8 dikuasakan oleh chip Kirin 950 dan merupakan pemproses terbaik yang ada sekarang. Kirin 950 membolehkan Mate 8 mencapai prestasi yang tinggi tanpa menghabiskan tenaga bateri dengan pantas. Dengan sekali caj penuh, ia mampu bertahan selama dua hari. Dengan bateri berkapasiti 4000MaH dan teknologi pengecasan pantas, Mate 8 mampu menawarkan kegunaan sepanjang hari dengan tempoh caj hanya 30 minit. Ini menjadikannya cukup  ideal untuk mereka yang kerap mengembara.


Huawei Mate 8 turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan melalui teknologi sentuhan cap jari generasi baru. Teknologi sentuhan cap jari itu mempunyai beberapa fungsi lain seperti memastikan keselamatan fail, menutup aplikasi, mematikan jam loceng, mengambil gambar dan menjawab panggilan. Dengan firewall yang ditawarkan oleh Kirin950s TrustZone dan secure OS, Mate 8 berupaya melindungi semua data daripada diceroboh, walaupun telefon pintar itu dicuri.


Bukan itu sahaja, Huawei Mate 8 didatangkan dengan teknologi Super Hands-Free 3.0 yang membolehkan anda menggunakan operasi bebas tangan dari jarak sehingga 3 meter. Teknologi ini juga mampu mengenal pasti sumber bunyi dari arah yang spesifik. Ia membolehkan pengguna memainkan semula rakaman dan mendengar semua perbualan di sekeliling Mate 8 dengan jelas, sekali gus  meningkatkan kecekapan dalam kalangan ahli perniagaan.


Mate 8 membenarkan pengguna menggunakan buku jari sebagai satu input alternatif. Seterusnya membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya skrin dan tidak terhad kepada hujung jari sahaja.  Pengguna boleh mengambil screenshot penuh atau separuh dengan mengetuk satu buku jari sebanyak dua kali. Dengan menggunakan dua buku jari, anda boleh memulakan atau menghentikan rakaman skrin. Gestur buku jari juga boleh digunakan untuk membuka aplikasi.  


Dibina berasaskan kepada kejayaan pelancaran Huawei Watch pada tahun lalu, syarikat mengumumkan kehadiran jam tangan pintar Android Wear buat pengguna wanita yang dikenali sebagai Jewel dan Elegant. Kedua-dua jam tangan pintar ini tampil menyerlah dengan warna emas, tali yang nipis serta rekaan kemas dan beralun, di sebalik wajah Kristal Sapphire berbentuk bulat. Model Elegant tampil dengan saduran badan berwarna emas (rose-gold). Manakala Jewel pula hadir dengan badan berwarna emas dan ditatah dengan 68 Swarovski Zirconia. Jam tangan ini menawarkan rekaan yang lebih lembut dan feminin berbanding jam tangan pintar pertama Huawei. Kedua-dua jam tangan pintar ini mempunyai diameter 44mm, menjadikannya 2mm lebih lebar berbanding model terdahulu. Jam tangan Huawei Watch ini menawarkan pengguna kecantikan yang tidak ditelan zaman untuk apa jua kegunaan.


Huawei MediaPad M2 10.0 ialah tablet premium yang fokus untuk berkongsi audio dan video buat seisi keluarga. Dilengkapi empat pembesar suara dan empat amplifier kuasa, selain dikonfigurasi atas khidmat nasihat pakar daripada syarikat audio terkemuka dunia Harman Kardon, tablet ini menawarkan kualiti bunyi terbaik berbanding mana-mana tablet di pasaran. M2 juga hadir dengan pen stylus canggih yang membolehkan pengguna menulis, melukis dan identifikasi formula untuk menyokong aspek hiburan, membuat kerja sekolah, serta tugasan asas di rumah atau pejabat. Ia merupakan tablet Android pertama di dunia yang menyokong identifikasi tekanan cap jari dan mampu menyimpan sehingga lima cap jari. Ini membuatkannya boleh dinikmati sepenuhnya oleh seluruh ahli keluarga.






Nexus 6P ialah salah satu telefon pintar utama yang dilancarkan pada tahun 2015. Huawei meneruskan kolaborasi dengan Google apabila melancarkan Nexus 6P Gold Edition yang baru. Nexus 6P edisi khas ini menawarkan pilihan bergaya kepada mereka yang mahukan peranti lebih mewah dan premium.  


Huawei Mate 8 kini boleh didapati di kedai-kedai , Nexus 6P Gold Edition hanya ditawarkan di VMall, dan MediaPad M2 10.0 dan jam tangan Huawei Watch Jewel dan Elegant akan dijual bermulai pengakhiran bulan April.


Harga runcit yang dicadangkan :
• Huawei Mate 8 ( antara RM2,099 ke RM2,399 )
• Nexus 6P Gold Edition – RM2,698
• Huawei MediaPad M2 10.0 (antara RM1,299 ke RM1,999 )
• Huawei Watch Jewel – RM2,299
• Huawei Watch Elegant –RM1,999


Maklumat lanjut sila layari laman web: www.facebook.com/HuaweiDeviceMY.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 10:39 PM | Show all posts
bagus... fokus kat daya tahan bateri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by roslana_06 at 20-9-2016 04:31 PM

After watch this debate video, you will know the truth about Samsung, Huawei and iPhone smartphone that have better camera image, longlife battery and more.
watch now at
bit.ly/WWPVideo2
https://m.facebook.com/story.php ... 7298465905&_rdr[/url]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.077977 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list