View: 6706|Reply: 53
|
8 Payung Gergasi MasjidilHaram Lakar Sejarah Beri Teduhan Pada Jemaah
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Saban hari cuaca panas semakin memberi ketidakselesaan kepada sesiapa sahaja. Suhu yang meninggi akibat fenomena El Nino dan musim peralihan monsun menyebabkan kita mengalami keadaan panas yang melampau.
Jika di Makkah pula, suhu tertinggi pernah dicatatkan di Masjidilharam ialah 50 darjah celsius pada Ramadan tahun 2014.
Oleh sebab itu, pihak Jeddah akan melakukan pemasangan lapan payung gergasi di Masjidilharam, Makkah masing-masing seberat 16 tan di ruang solat utama bagi memberi keselesaan kepada jemaah umrah dan haji terutama pada cuaca panas.
Musim haji yang bermula pada September akan mengalami cuaca yang agak panas ketika itu. Pemasangan payung ini akan dapat mengurangkan kesan dehidrasi termasuk kemungkinan kes kematian.
Pembinaan payung gergasi itu juga tidak akan mengganggu jemaah umrah dan haji kerana operasinya tidak menghasilkan gangguan bunyi dan telah dibina sejak Khamis lalu dan dijangka selesai dalam tempoh enam bulan.
Setiap kanopi payung mengambil tempoh tiga minit untuk kembang sepenuhnya dan teduhan seluas dua laki ganda saiz padang bola sepak ini boleh menampung sehingga 400, 000 umat Islam.
Replika payung gergasi ini dihasilkan oleh teknologi di Jerman dilengkapi dengan kemudahan seperti pendingin hawa, kamera keselamatan dan skrin yang memaparkan maklumat berkaitan solat.
Buat umat Islam yang ingin berkunjung ke sana hujung tahun ini dan tahun yang berikutnya akan merasa teduhan yang cukup memberi keselesaan daripada cuaca panas semasa melakukan ibadat haji dan umrah.
Payung gergasi ini akan ditutup dan dibuka mengikut suhu dan musim ketika itu. Anda boleh lihat seperti gambar di bawah ya! - CARI Infonet
Kredit : Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
segala kemajuan dalam teknik pembinaan
infrastruktur diperkenalkan oleh pemerintah
arab saudi demi keselesaan dan keselamatan
para jemaah haji khususnya
syabas dan tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... sb buln jun julai mg panas sgtpns kering |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti kalau jadi puristiwa mcm kren tumbang mesti ummah salahkan umat jerman kan sis?
Semoga berjalan dgn lancar jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Diknah nak pinjam payung ni padang masyar kelak ,boleh ? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu dah buat jugak payung mcm ni kan.. tp yg kecik2 tu sepanjang laluan pejalan kaki .. kat masjid nabawi
selalu tengok org duk amik gambar je.. teringinnya nak sampai sini.. Mudah2 an dipermudahkan suatu hari nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah jerman yahudi dan nasrani tak cemburu dengan kejayaan ummah kah |
|
|
|
|
|
|
|
xsama la tu.. yg ni 8 je payung nk dibuatnya.. besar.. nak bg teduh kat jemaah keliling kaabah cam pic atas tu
|
|
|
|
|
|
|
|
..semenjak dapat duit derma ni bukan main puji lagi Saudick lahnat nampak...??
|
|
|
|
|
|
|
|
proses naik taraf prasarana di kawasan tanah suci dah lama dibuat
semenjak berpuluh tahun dahulu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Teknologi german kapiaq laknatullah yg memayungi ummah suci bersolat
Sama jugak teknologi boeing us laknatullah serta airbus europe laknatullah jugak yg membawa ummah suci menunaikan haji dan umrah |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh jgn ckp camtu uols, uols tau dak rakyat islam german lagi ramai tau..
mna tau dlm kata laknatullah tu laa mostly org islam tp kita dok keji2 dia org dpt pahala.
iols dlu prnh nk migrate ke germany occay sbb kat sna ramai german muslim so nk mkan semua halal belaka. sbb abang angkat iols rakyat german dok msia dah lebih 10 taon.. dia ckp tak de masalah sbrnya kita ke negara hitler ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ni saiz besar gila ni kalu nka compare ngan kt madinah...
skrg pon sesak dan kren merata kat sana...
tggu 2020 la harap time tu dh xde kren2 dan segala binaan under construction |
|
|
|
|
|
|
|
lasagna replied at 17-3-2016 10:32 AM
ehhh jgn ckp camtu uols, uols tau dak rakyat islam german lagi ramai tau..
mna tau dlm kata lakna ...
I dont think the german muslim society contribute anything useful to the country except maybe selling kebabs.
Deutschland is deutschland because of their secular value. |
|
|
|
|
|
|
|
ayat "di bawah lindungan kaabah" dah tak relevan sebab kaabah pon terpaksa berlindung bawah payung |
|
|
|
|
|
|
| |
|