CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2401|Reply: 9

[Jenayah] Adakah Najib cabar Agong? Minta AG letak jawatan sama seperti cabar Agong

[Copy link]
Post time 16-3-2016 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bluehedgehog at 16-3-2016 10:17 AM

Hafarizam ni macam nk kutuk najib je

Minta AG letak jawatan sama seperti cabar Agong – Hafarizam

March 16, 2016
FMT
Peguam Negara mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.


KUALA LUMPUR: Cadangan Badan Peguam Malaysia yang meminta Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara samalah seperti mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong.

Peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu menunaikan tugasnya.

Badan Peguam Malaysia akan membahaskan pada mesyuarat agung tahunannya Sabtu ini, satu usul meminta Mohamed Apandi mengundurkan diri sebagai Peguam Negara.

Usul itu juga meminta Peguam Cara Negara melaksanakan peranan sebagai Pendakwa Raya dalam kes-kes di mana Badan Peguam Malaysia berpendapat Peguam Negara tidak lagi layak untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.

“Apa jua perbincangan akan diertikan sebagai mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong,” kata Mohd Hafarizam yang dipetik dari Bernama.

Beliau berkata usul untuk mencela dan menuntut peletakan jawatan Mohamed Apandi tidak pernah berlaku sebelum ini, serta tidak perlu kerana Peguam Negara tidak terlibat dengan salah laku sebagai Pendakwa Raya atau melakukan sebarang salah laku besar berkaitan tugas berkanunnya.

“Kita perlu ingat sebagai Peguam Negara, kuasa beliau seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, terserah sepenuhnya kepada budi bicara beliau sendiri dan tidak tertakluk kepada penelitian kehakiman.

“Inilah yang menjadi dasar utama bagi sistem keadilan jenayah di mana pengasingan bidang kuasa antara badan kehakiman dan pendakwaan diputuskan.

“Oleh itu, saya menggesa agar perlu ada sikap saling menghormati antara Badan Peguam Malaysia, sebagai sebuah badan yang diwujudkan melalui Akta Profesion Undang-undang dengan pejabat Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata, hanya dengan wujudnya sikap saling menghormati dan memahami itu, barulah pentadbiran keadilan jenayah dapat dimartabatkan di tahap tertinggi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pulak najib yg cabar agong? Bukan ke yg nak suruh siasat kes ni ialah BAR counsel tu. Bukan najib.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis AG sebelum ni kena berhenti tu xhina agong ke hafuckrizam? Apundek betul sekor2 penjilat ni:
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:25 AM | Show all posts
Heret Agong dalam kancah politik bukan sesuatu tindakan yg bijak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nie buat2 lupa kes AG sebelum nie ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 11:03 AM | Show all posts
sila cek fakta ye sorang2, ag sebelum ni bukan kena buang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2016 11:06 AM | Show all posts
skinsandstars replied at 16-3-2016 10:21 AM
Kenapa pulak najib yg cabar agong? Bukan ke yg nak suruh siasat kes ni ialah BAR counsel tu. Bukan n ...

kan najib tendang Gani Patel dulu?

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 11:07 AM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 16-3-2016 10:25 AM
Heret Agong dalam kancah politik bukan sesuatu tindakan yg bijak...

agong kita terlalu tua untuk berpolitik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 11:13 AM | Show all posts
Esmiria replied at 16-3-2016 11:07 AM
agong kita terlalu tua untuk berpolitik


tapi tua bkn masalah...
Kapasiti sebagai Agong sebaiknya neutral...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 09:41 AM | Show all posts
walharammu walhalalku UMNO telah makan diri hahahaha, dulu depa kutuk PAS cengitu

hari ni apa yang haram orang lain buat adalah halal umno buat? napee? tak caye?

orang lain masuk sekupang ke akaun peribadi kalo penjawat awam di katakan rasuahhhhhh, haramm, kene denda

tapi PM sendiri masuk berpoloh juta ke akaun pperibadi, itu dermaaaaaa laaa..hokehhh..tok unta derma hahahaha

haram untuk ko...halal untuk aku, dulu kutuk PAS cam ni tapi kutukan Allah swt pada umno sudah mari haaa...amik ko

mana budak dijek tu...dijekkk weeiii ce ko ulas walharammu walhalalku keh keh keh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041717 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list