Biasanya ibulah yang selalu 'decide' apa yang anak mereka perlu pakai sehari-hari, betul tak?
Kali ini, apa kata anda biarkan si kecil memilih sendiri kombinasi pakaian yang mereka mahu pakai. Memang jadi macam-macam, tapi masih comel.
Tak percaya? Dalam satu video oleh WatchCut, menunjukkan sembilan orang kanak-kanak dibiarkan memilih sendiri pelbagai jenis pakaian yang mereka mahu gayakan.
Bayangkan apa yang terjadi! Baju hujan dengan seluar Bermuda? Tapi, memang comel. Lihat gambar di bawah. - CARI Infonet