Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut Ifa Raziah yang sentiasa tampil dengan imej seksi. Tapi baru-baru ini peminat terkejut apabila Ifa telah memuat naik beberapa keping gambar memakai hijab di laman Instagram miliknya.
Namun, rupa-rupanya Ifa memakai hijab hanya kerana ingin menghidupkan watak sebagai Rokiah atau Roki untuk telefilem Mak Punya Pasal.
Walaupun ini merupakan kali pertama Ifa memakai tudung namun ramai yang memuji penampilan Ifa yang tampak ayu sehinggakan ada yang meletakkan gambar Datuk Siti Nurhaliza di sebelah Ifa sebagai perbandingan.
Menurut Ifa, watak yang di bawa kali ini agak berbeza dari sebelum ini kerana Ifa sering dilihat memegang watak antagonis. Namun, untuk telefilem terbitan Hana Production ini memberikan pengalaman yang berbeza.
“Disebabkan komitmen dalam sebuah projek drama sudah banyak dilunaskan, saya ambil kesempatan menerima lamaran produksi Mak Punya Pasal iaitu Hana Production.”
“Jika diikutkan, dalam penghujung drama Seindah Takdir Cinta, saya mengenakan tudung. Tapi nampaknya, telefilem ini yang lebih dulu melihat saya menjayakan watak bertudung.”
“Saya teruja dengan watak bertudung ini. Memang jarang saya dapat watak baik selama ini. Sampai orangpun meluat dengan lakonan ‘jahat’ saya. Dalam telefilem ini penonton bakal berendam air mata melihat nasib yang dilalui Roki.”
Apabila ditanya sama ada dia terbuka hati untuk merubah kepada arah yang lebih baik selepas memegang watak ini, Ifa hanya mengharapkan doa semua.
“Saya tak mampu hendak menjawab tepat jika persoalan itu diajukan. Insya-Allah, doakan yang terbaik. Mana tahu, satu hari nanti, saya akan ke arah itu (bertudung).”
P/s : Tak kisah la dia ni nak bertudung ke tak, tapi yang iols tak paham tu kenapa la sampai ada perbandingan muka dia pakai tudung dengan CT..
|