CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1903|Reply: 1

syafaat alquran

[Copy link]
Post time 14-3-2016 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 15-3-2016 03:12 AM


copy paste dari IKIM

BERDASARKAN kepada hadis Rasulullah SAW, daripada Umar al-Khattab RA, menyebut baginda berkata: “Bagaimana Umar jika kamu melihat keadaan kubur berukuran empat depa kali dua depa, sementara di waktu itu kamu mula melihat malaikat Mungkar dan Nakir?”.

Lalu Umar berkata: “Siapakah Mungkar dan Nakir itu?”. Rasulullah menjawab: “Keduanya adalah malaikat yang akan menguji kamu di dalam kubur nanti, yang menggali tanah dengan taring-taringnya dan menginjakkan kakinya di atas rambutnya. Kemudian suaranya seperti petir yang keras, pandangan kedua matanya seperti kilat yang terang. Kedua-dua mereka membawa palu yang besar, jika seluruh penduduk bumi ini berkumpul untuk mengangkatnya, nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Akan tetapi bagi mereka berdua itu, palu itu lebih ringan daripada tongkat ini, lalu keduanya akan mula menyoal kamu. Jika kamu tidak mampu menjawabnya ataupun kamu cuba menyimpang daripada jawapan, pada waktu itu kamu akan dipukul dengan pukulan, dengan sekali pukulan itu menyebabkan kamu terus menjadi abu.” Umar bertanya lagi: “Adakah pada ketika itu, aku berakal sebagaimana keadaan ku sekarang ini ya Rasulullah?”.


Baginda menjawab: “ Ya, wahai Umar. Nescaya kamu akan ditanya soalan sedemikian rupa.” Lalu Umar RA berkata: “ Aku akan cuba untuk memenuhinya.”


Sebagaimana perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di dalam slot Mau’izati yang keudara pada setiap hari Khamis di IKIMfm, jam 5.15 petang, beliau mengingatkan agar tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran yang akan menjadi peneman setia kepada kita sewaktu berada di dalam kubur.


Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz daripada al-Bazzar, menuturkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rumah yang sentiasa dibaca al-Quran, akan terbentang di atas rumah itu satu tenda yang penuh dengan cahaya yang dijadikan penerang oleh penduduk langit. Jika pembaca al-Quran itu meninggal dunia, bekas yang bercahaya itu akan diangkat sedang para malaikat melihatnya daripada langit, tetapi tidak dapat dilihat oleh manusia lain. Kemudian para malaikat akan menjemputnya daripada langit ke langit, lalu mereka mengerjakan solat ke atas roh yang berada di tengah-tengah para arwah itu dan memohon keampunan daripada Allah ke atas roh itu sehingga tiba hari kiamat.”


Rasulullah juga menceritakan apabila mereka yang sentiasa membaca al-Quran itu meninggal dunia, al-Quran akan datang kepadanya di dalam penampilan yang sangat cantik dan indah lalu berdiri di sisi kepalanya dan berada diantara kain kapan dan dadanya dalam keadaan bercahaya. Setelah mayat diletakkan di lubang kubur, lalu ditutup dengan tanah dan ditinggalkan oleh mereka yang menghantarnya setelah selesai menguruskan jenazah itu, akan datang padanya malaikat Mungkar dan Nakir dan mendudukkan roh si mati di dalam kubur itu. Lalu al-Quran akan berjalan dan berada di antara sisi roh si mati dengan kedua-dua malaikat. Kemudian malaikat meminta al-Quran beredar jauh supaya mereka dapat memulakan sesi soal jawab kepada si mati. Al-Quran menjawab: “Tidak, demi pemelihara kaabah, dia adalah sahabat sekaligus teman ku, aku tidak pernah mencelanya kerana sepanjang hidupnya dia sentiasa menemani ku.”

Soalan pertama yang diajukan kepada malaikat ialah, siapakah tuhan kamu? Kemudian, apa agama kamu?, dan orang mukmin akan terus menjawab di dalam bahasa Arab, “Allah tuhan ku, Muhammad nabi ku, Islam agama ku. Malaikat pula menjawab: “Kamu benar.”, dan setelah selesai sesi soal jawab itu, dilapangkan kuburnya seluas pandangan mata dan rohnya kembali naik dan ditempatkan di syurga Illiyeen. Tempoh masa sesi pertanyaan oleh malaikat adalah bergantung kepada amalan seseorang, bukan kepada hafalan dan setiap soalan itu disoal sebanyak tiga kali. Seorang yang salih akan selesai untuk sesi soal jawab dalam masa yang singkat, tetapi sebaliknya kepada mereka yang tidak dapat menjawab soalan walaupun setelah tiga kali diulang, maka akan bermulalah azab kubur. Imam Ahmad di dalam al-Zuhdi dan Abu Naim di dalam al-Hilyah menyebut, riwayat daripada Tawuz yang mengatakan: “Sesungguhnya orang yang sudah meninggal itu diuji di dalam kubur mereka selama tujuh hari.

Pada hari-hari tersebut mereka akan berasa sangat indah, jika datang doa-doa daripada anak-anak yang salih.”
Hadis yang diriwayatkan Ibn Mas’ud, menyatakan bahawa jika seorang mukmin itu meninggal, dia didudukkan di dalam kuburnya. Melihat malaikat mula datang dan pada waktu itu al-Quran sedang berbicara dengan malaikat Mungkar dan Nakir agar tidak datang mengganggu. Pada waktu itu keadaan menjadi kelam kabut, di dalam suasana yang gelap dan sedang ketakutan itu, lalu terus disoal. Seorang mukmin akan dapat menjawab dengan mudah semua soalan yang diajukan oleh Mungkar dan Nakir. Sebaliknya bagi orang kafir, setelah didudukkan di dalam kubur dan terus disoal tetapi menjawab: “Aku tidak tahu..” Lalu disempitkan kuburnya untuk dimulakan siksaan kubur.

Ibn Mas’ud membaca firman Allah: “Sesiapa yang berpaling daripada peringatan Allah, berpaling daripada Islam dan ajarannya, bagi dirinya satu kehidupan yang paling sempit yang Allah jadikan padanya. Dia bangkit di akhirat nanti di dalam keadaan buta matanya.

Lalu ditanya kepada Allah: Ya Allah, kenapakah mataku ini menjadi buta, sedangkan di dunia aku di dalam keadaan mata yang celik?. Demikianlah kamu ketika datangnya ayat-ayat Kami, kamu tidak mengendahkannya.

Ketika azan berkumandang kamu tidak mempedulikannya dan berpaling, ketika mendengar al-Quran kamu sibuk. Hari ini Kami melupakan kamu dan inilah balasan buat kamu.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2016 03:14 AM | Show all posts
so, bacalah quran....

satu hari , selepas solat just target 3 helai muka surat....

or juz amma....hafal ...


or ayat hafaz

then tengok makna

dan kalau belajar tafsir

lagi bagus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050929 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list