CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5143|Reply: 19

Biar Betul? Makanan Ini Paling Mahal Di Dunia

[Copy link]
Post time 14-3-2016 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Biasanya makanan yang mahal akan dibayangkan dalam RM500 ke RM1 ribu. Betul tak? Tetapi yang peliknya terdapat makanan yang harganya terlalu mahal mengalahkan sebuah kereta atau mungkin sebuah rumah? Kalau kita rasa makanan di hotel bertaraf lima bintang itu sudah terlalu mahal, anda jangan terkejut apabila mengetahui harga-harga makanan ini yang mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit.

Ada juga orang yang sanggup bayar untuk makanan semahal ini? Kalau tak ada masakan ia wujud. Betul? Bahan apakah yang terdapat di dalam makanan tersebut sehingga menjadikan ia sebegitu mahal? Macam tak masuk akal pun ada. Anda nilai lah sendiri ya! - CARI Infonet

1. Trufel Putih – $160, 406 (RM 536, 760)



Trufel, sejenis cendawan mewah yang berasal dari Itali ini merupakan trufel terbesar dan termahal di pasaran. Harganya mahal kerana masa yang diambil untuk tumbuh adalah lama sebab itu harganya mencecah ribuan dolar sekilo.

2. Almas Beluga Caviar – AS$ 28,000 (RM 93, 701)






Kaviar ini dihasilkan daripada telur sturgeon albino yang hanya boleh ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

3. Tembikai Yubari – AS$22, 872 (RM 76, 522)






Rasanya yang manis dan enak menjadikan buah ini adalah buah yang termahal didunia. Berharga RM 76, 522 ianya merupakan kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari, Jepun.

4. Pizza Royale 007’ – AS$ 4,200 (RM 14, 501)



Emas yang boleh dimakan. Itulah salah satu bahan yang terdapat di dalam pizza yang terhasil daripada ramuan mahal seperti ikan salmon Scotland, kaviar, udang, champagne dan daging rusa. Bersaiz 12 inci serta kepingan emas 24 karat.

5. Daging Lembu Wagyu – AS$ 2,800 (RM 9,374)





Merupakan sajian bagi golongan atasan Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Malah, daging ini juga lebih enak daripada daging lembu biasa.


Kredit : Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 05:38 PM | Show all posts
Kalau duit dah terlebih sampai dah tak tahu nak buat apa boleh le membelinya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 06:20 PM | Show all posts
makanan favourite mak mah and pak jib nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 08:08 PM | Show all posts
mampu tengok saja...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 09:18 PM | Show all posts
dapat makan sate ayam pun aku rasa nikmat dah. tp nk spend duit beli kulat ni memang tak kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 09:44 PM | Show all posts
makanan mampu tgk je....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2016 09:49 PM | Show all posts
akhirnya ke tandas juga
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 11:13 PM | Show all posts
Chef2 yg terkenal selalu gunakan trufel jenis yg hitam, yg putih ni memang rare. Untuk mendapatkan trufel ni selalunya digunakan binatang untuk menghidu, saperti anjing dan babi.

daging lembu Wagyu ni memang mahal, dan khabarnya  dagingnya pula lembut sangat.  Tu pasal kat Korea daging lembu ni lebih mahal berbanding daging khinzir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2016 08:49 AM | Show all posts
apa rasanya truffle tu eh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 09:26 AM | Show all posts
mhl nk mampos ntah sdp ke x...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 11:16 AM | Show all posts
baik beli umoh jea laaaa
wat aset bl dh tua gayut
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 11:25 AM | Show all posts
cik_pink replied at 15-3-2016 08:49 AM
apa rasanya truffle tu eh...

Trufel ni dalam kategori sejenis cendawan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 12:09 PM | Show all posts
kalau duit dah bersepah boleh la..

sebagai rakyat marhain ni dapat makan
pizza, kfc, chiken chop dah syukur sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 01:19 PM | Show all posts
Amboiii senangnye buat duit depa ni. Tp tulah yg terjadi. Kalau kat msia ni duckscarves la contoh brg mahal tp org berebut nak. Exclusive disitu. Ttbe melalut dr makanan ke shawl
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 02:14 PM | Show all posts
bapak mahal gle .
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 02:29 PM | Show all posts
Ada lebihan duit sampai x tau nak buat apa bole la kalu nak try. Kalu me setakat mampu tengok jela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2016 04:45 PM | Show all posts
KALAU DUIT BKEPUK MCM KAK MAH N ABG JIB BARULAH MAMPU MERASA. KAMI HANYA MAMPO MELIHATTTTTTTTTTT
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 05:08 PM | Show all posts
cendawan dan kaviar tu boleh diterima mahalnya
tapi kalau rock melon tu...emm...sekadar kacukan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 06:01 PM | Show all posts
yang daging tu,
memang cayaqqq dalam mulut..
superbb..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 06:14 PM | Show all posts
akhirnya jadi taik jugak..kata orang yang tak mampu nak makan

wa pernah makan kaviar...masin nak mampus. Tobat tak makan dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075207 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list