View: 1687|Reply: 1
|
[Tempatan]
{20} Berita Palsu: Bernama Terengganu Buat Laporan Polis!
[Copy link]
|
|
Berita Palsu: Bernama Terengganu Buat Laporan Polis KUALA TERENGGANU, 11 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu yang mengaitkan agensi itu dengan Pergerakan Puteri UMNO Terengganu.
Laporan itu dibuat oleh Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Engah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
Menurut pegawai siasatan polis, laporan polis berhubung berita palsu itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut, katanya kepada pemberita di sini.
Berita yang kononnya dikeluarkan oleh Bernama tersebar menerusi laman sosial Facebook, Twitter, WhatsApp dan portal itu adalah berhubung dakwaan pelantikan Datuk Rosli Mat Hassan, bekas Ketua UMNO Bahagian Dungun sebagai penasihat pergerakan Puteri UMNO.
Zalina Maizan berkata tindakannya itu dibuat bagi membersihkan nama Bernama sebagai agensi berita yang dipercayai di dalam dan luar negara serta memberi pengajaran kepada pihak yang tidak menitikberatkan etika kewartawanan.
"Pihak portal khususnya yang mempunyai ramai pembaca sepatutnya lebih menjaga sumber berita dan tidak mengambil maklumat daripada laman sosial yang belum tentu kesahihannya.
"Bernama juga telah menghubungi individu yang dikatakan memberi maklumat kepada Bernama iaitu Datuk Rosli Mat Hassan, bekas Ketua Umno Bahagian Dungun sehingga terhasilnya berita tersebut, namun beliau menafikan memberi kenyataan itu.
"Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu sebegini boleh memburukkan nama baik Bernama. Amat tidak sesuai dalam keadaan politik di Terengganu sekarang, jika ada pihak yang cuba menjadikan media sebagai strategi peribadi," katanya.
Beliau berharap laporan polis itu dapat menjernihkan keadaan dan sebagai amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa Bernama tidak memandang ringan dalam isu sedemikian.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
umno xslh sb ia bukn mnusia.muahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|