CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 1

Sup Ayam Kampung Hangat Dan Mesra

[Copy link]
Post time 11-3-2016 06:36 PM | Show all posts |Read mode

sumber: tiffinbiru





Oleh : Fyruz Hanna


Sesungguhnya, sup ayam ini sukar ditolak sesiapa pun walau dalam keadaan apa jua kerana sifatnya yang ringan.


Untuk buat sup ayam yang sedap, daging ayam yang kental dan keras perlu dan ayam kampung lah paling layak dijadian sup. Jom hujung minggu


BAHAN-BAHAN SUP AYAM
1 ekor ayam kampung
4 biji kentang
1 sup bunjut tulang (Adabi)
1 kiub pati ayam (optional)
3/4 camca besar lada hitam, ditumbuk halus
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar penuh bawang goreng
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Garam secukup rasa
Air secukupnya


BAHAN - BAHAN KISAR HALUS
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup


BAHAN-BAHAN LAIN
Nasi impit/ketupat secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Sambal kicap (wajib ada)


CARA MEMBUATNYA
UNTUK SUP AYAM :- Ayam kampung dipotong kecil atau ikut suka. Cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, kemudian potong 4 setiap 1 dan rendam. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Masukkan rempah tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan2 kisar halus dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.


Masukkan ayam, gaul rata dan biar sekejap. Kemudian tuang air secukupnya (anggaran 3 liter). Kacau dan biar mendidih. Masukkan daup sup yang dipotong kasar dan 1 camca besar bawang goreng serta kiub pati ayam, jika guna. Kacau rata dan sederhanakan api. Masak hingga ayam empuk (tamba air panas jika ayam masih belum empuk tapi kuahnya kering).


Masukkan kentang, dan lada hitam. Bila kentang empuk, perasakan dengan garam secukupnya dan masak sekejap. Rasa dan jika ok bole matilan api. Ketepikan..
PENYEDIAANNYA :- Potong ketupat atau nasi impit. Masukkan secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup bersama isi2nya sekali. Tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan taruk beberapa keping hirisan tauhu goreng. Hidangkan bersama sambal kicap. Sedap dimakan panas..


Sumber: tiffinbiru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2017 02:52 PM | Show all posts

klu masak sup guna sup bunjut tu, kena basuh dlu x sup bunjut tu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044686 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list