View: 1587|Reply: 8
|
Keputusan Kenaikan Tol Lebuhraya PLUS Diketahui Jun - UEM
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.arenakereta.com/
Keputusan untuk menaikkan kadar tol di lebuh raya PlUS Malaysia Bhd akan diketahui pada Jun, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Bhd, Datuk Izzaddin Idris.
PLUS, cabang lebuh raya Kumpulan UEM, mempunyai lima konsesi lebuh raya iaitu Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Utara-Selatan), Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban Port-Dickson, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.
"erbincangan sedang dijalankan di antara kami dengan Kementerian Kerja Raya yang mesti dimuktamadkan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar pada sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan UEM pagi tadi.
Mengikut perjanjian konsesi itu, PLUS akan mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun bagi sepanjang tempoh konsesi yang berakhir Disember 2038.- CARI Infonet
sumber : www.mstar.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Naik jela... Dah lama x naik kan PLUS punya kadar... Lagi vg diskaun... Kereta makin banyak buat Plus Highway jahanam. |
|
|
|
|
|
|
|
Naikkan aje. Boleh dapat increment Dan bonus. Pedulikkan aje Rakyat merhein. Dah memang agreement macam tu kan. Kalau tak, kenapa dulu sign?
Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Jun cam cantik je timing dah nak posa pastu raya |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur.
Besok bila barang bertambah naik dan naik.........si Mezah Menteri akan bercakap.........."berdosa naikkan harga barang". Bengong ke hape. |
|
|
|
|
|
|
|
Woi bedosa naik rege tol tau tak.. Bangau. |
|
|
|
|
|
|
|
penatlah kawan lepas ni......tol kalau naik |
|
|
|
|
|
|
|
tol akan sentiasa naik..x pernah dengar turun..rebat banyakla |
|
|
|
|
|
|
| |
|