|
Oleh : TS LOO
sumber foto : google image
sumber foto : google image
Ayam liku dikenali sebagai ayam masak lengkuas. Menu adalah sajian unik dari suku kaum Bugis terutamnya di Tawau. Ia merupakan masakan turun temurun yang disajikan di kebanyakan rumah Bugis pada hari raya. Dalam bahasa Bugis, lengkuas dipanggil 'liku'.
Bahan-bahan:
650 ml santan (dari 2 kelapa)
1 ekor ayam- dipotong 16
3 sudu besar kerisik
Garam & gula pasir secukup rasa.
Bahan hiris halus :
200 gm lengkuas
14 batang serai
Bahan A ( Dikisar ) :
5 sm halia
3 sm kunyit
6 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara membuat :
1) Didihkan santan sambil dikacau atas api perlahan sehingga naik minyak
2) Masukkan bahan hiris. Masak lagi sehingga berminyak dan mulai pekat.
3) Masukkan ayam, kerisik, bahan A, garam dan gula pasir.
4) Kacau sekali-sekala sehingga ayam masak dan kuah agak kering. Jika suka berkuah, boleh tambah air.- CARI Infonet |
|