Edited by Pandulaju.com at 9-3-2016 03:35 AM
ISU penyenggaraan semula (Service Fix) hos penyejuk minyak (OCH) oleh Proton bagi model Exora Bold, Preve dan Suprima baru-baru ini turut mendapat perhatian Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia(PEDA).
Presidennya, Armin Baniaz Pahamin dalam satu komen di laman Facebook meminta orang ramai yang mengalami masalah dengan pengedar Proton, servis selepas jualan termasuk isu OCH supaya melaporkan kepada PEDA.
Menurutnya, pemilik kenderaan Proton yang sebarang mengalami masalah boleh menghantar salinan emel ke [email protected]. Salinan emel perlulah besertakan nombor pendaftaran kenderaan, permasalahan dan talian untuk dihubungi.
Oleh itu, pemilik kenderaan Proton yang mempunyai masalah tidak dapat diselesaikan bolehlah mengambil tindakan dengan menggunakan platform baharu ini. Harap-harap ia dapat diselesai dan dikendalikan dengan kadar segera.
Syabas dan terima kasih PEDA di atas keprihatinan anda.
Artikel Penuh: http://pandulaju.com.my/isu-peng ... porkan-kepada-peda/
|