CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2223|Reply: 5

[Tempatan] Video: Tak Dapat Tidur, Lelaki Maki Anggota Polis

[Copy link]
Post time 7-3-2016 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Video: Tak Dapat Tidur, Lelaki Maki Anggota Polis
Posted on March 7, 2016 by Editorial|




                                KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis dihambur dengan kata-kata kesat oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman selepas dia menghalang lelaki itu tidur di dalam kawasan balai.

Menerusi visual yang menjadi viral, lelaki terbabit yang memakai baju Melayu warna merah serta berkopiah dilihat turut menengking ke arah anggota berkenaan di meja khidmat pelanggan di dalam sebuah balai polis dengan pelbagai aksi melucukan.



Kejadian dipercayai berlaku di Terengganu berdasarkan pertuturan yang didengari menerusi audio pada video tersebut.

Tidak dapat dipastikan bila tarikh kejadian itu berlaku.

Berdasarkan pemerhatian lelaki terbabit telah meminta anggota tersebut menyerahkan pistol yang ada padanya kerana merasakan dirinya tidak selamat.

Lelaki itu turut memberitahu bahawa dia mempunyai ramai kenalan termasuk orang kenamaan dipercayai dengan tujuan mahu menggertak anggota berkenaan.

Bagaimanapun, anggota tersebut menunjukkan sikap profesional apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki terbabit meskipun ia dihambur dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Pengguna alam maya yang telah menonton video tersebut turut memberikan pujian kepada anggota berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai seorang anggota yang penyabar. -SuaraTV



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:28 PM | Show all posts
takfaham dia cakap apa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:34 PM | Show all posts
tranung gak... pelek2ang sokmoooo la sek2 yer tuhhh




Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:03 PM | Show all posts
bahasa apakah ini ??
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:05 PM | Show all posts
dah kenapa org kpg mung ni @dino . mabuk budu ka:?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.332813 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list