|
|

sumber foto : google image
Racun rumput yang disembur berhampiran gerai makanan dipercayai menjadi punca 37 mangsa mengalami keracunan di Batu Gajah Jumaat lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata racun rumput yang disembur di sekitar gerai mungkin diterbangkan angin sebelum mencemarkan makanan yang dijual kepada pelanggan di warung berkenaan.
" ertama kali insiden ini berlaku dan kita akan kaji dengan teliti bagi mengenalpasti punca keracunan terbabit.
"Kementerian akan menggariskan panduan baru untuk pemilik gerai makan agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi," katanya pada sidang media semalam.
Sehingga semalam, Hospital Batu Gajah menerima 37 kes dengan tanda dan gejala pada pesakit seperti pening, muntah, cirit-birit, kecelaruan, pergerakan otot, berpeluh dan air liur berlebihan.- CARI Infonet
sumber : BH Online |
|