View: 1901|Reply: 0
|
Kacang Gajus: Sediakan Sendiri, Lebih Jimat!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
(Sumber foto: Carian google)
Kacang gajus, rasanya yang lemak dan berkhasiat pula, memang sedap dijadikan kudapan.
Namun, jika beli yang sudah siap dibakar, memang sangat mahal.
Apa kata, anda dapatkan kacang gajus yang mentah, kemudian digoreng atau bakar sendiri! Lebih sihat, segar dan sedap!
Bahan- Bahan
1/2kg kacang gajus
1 labu bawang putih
Sedikit garam kasar
Cara-cara
Tumbuk bawang putih dengan garam.
Perap gajus dengan bahan tumbuk tadi.Perap selama 2 jam.
Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.
Pastikan api tidak terlalu besar kerana bawang putih cepat hangus. - CARI Infonet
Sumber resipi: Blog Pangkin |
|
|
|
|
|
|
| |
|