Khamis, 3 Mac 2016 @ 7:39 AM
Chengdu, China: Seorang wanita maut selepas dikukus hidup-hidup oleh dua pengamal perubatan yang mendakwa ia satu kaedah rawatan mengubati penyakitnya.
Wanita yang dikenali sebagai Li Mo itu tinggal di sebuah kampung di wilayah Sichuan, dilaporkan mengalami penyakit ganjil sejak beberapa tahun lalu.
Penduduk kampung memberitahu, Li sudah menemui ramai doktor dan pakar perubatan moden serta tradisional, namun penyakitnya masih gagal diubati.
Baru-baru ini, Li bertemu dengan dua bomoh yang memberitahunya bahawa ada roh jahat berada di dalam badannya.
Bomoh ternanot berkata, roh jahat berkenaan boleh dihalau dengan cara Li dimasukkan ke dalam tong kayu yang diletakkan di atas air mendidih.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119793#sthash.b3w8ww6y.dpuf
|