View: 2163|Reply: 0
|
Kuih Buah Rotan - Snek Rangup Melayu
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/
Juadah ini juga dikenali denagn nama kuih redan. Ia snek yang rangup dan disajikan pada bila-bila masa. Boleh tahan selama berbulan-bulan dan elok dijadikan cenderahati jika diletak dalam bekas kedap udara yang menarik.
Bahan-bahan :
500 gm tepung pulut
4 sudu besar gula kastor
240-250 ml santan ( 1 biji kelapa)
1 biji kuning telur - dipukul sedikit
130 gm bijan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat :
1. Gaul tepung pulut, garam dan gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit santan dan telur. Uli perlahan menjadi doh.
3. Bentukkan bebola kecil dan lembapkan dengan sedikit air.
4. Golekkan dengan bijan. Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan.
5. Angkat dan biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
sumber : http://www.myresipi.com/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|